Swafoto terakhir pesohor media sosial sebelum terjatuh ke dalam gaung

Mazzetto memuat naik gambar swafoto bersama Bragante sejurus sebelum kemalangan itu. – @andreamazzetto/Newsflash

ROM – Seorang lelaki Itali mati akibat terjatuh ke dalam gaung sejurus selepas memuat naik gambar swafoto bersama teman wanitanya ketika mereka mendaki sebuah kawasan berbatu popular, lapor akhbar New York Post semalam.

Andrea Mazzetto, 30, dikatakan cuba mengambil telefon bimbitnya yang tercicir sebelum jatuh dari ketinggian 198.12 meter di kawasan batu Altar Knotto.

Pasukan penyelamat yang tiba menggunakan helikopter, mengesahkan Mazzetto mati di tempat kejadian.

Lelaki yang mempunyai hampir 2,500 pengikut di laman Instagramnya sebelum ini kerap  berkongsi  gambar-gambar pendakiannya bersama teman wanita, Sara Bragante.



Dia juga sempat mengemas kini akaun media sosialnya dengan memuat naik gambar swafoto bersama Bragante sejurus sebelum kemalangan berlaku.

“Gambar sumpahan terakhir kami bersama. Kamu akan sentiasa bersama saya,” tulis Bragante bersama-sama gambar tersebut.

Laporan awal menyebut bahawa Mazzetto cuba mendapatkan telefon bimbit Bragante, namun polis kemudian menjelaskan bahawa peranti tersebut adalah milik mangsa. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)



Suami Hana dari ‘neraka’

Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker