Kumpulan remaja serbu restoran McDonald’s untuk curi makanan

LONDON – Sekumpulan remaja menyerbu ke dalam sebuah restoran McDonald’s di Britain untuk mencuri makanan dan minuman selepas melompat melepasi kaunter, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kumpulan kira-kira 50 remaja itu menyerbu McDonald’s cawangan Clumber Street di Nottingham pada Ahad lalu sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan).

Polis melaporkan bahawa tujuh daripada mereka mencuri makanan di dapur selain turut melarikan minuman ringan, lapor Nottinghamshire Live.



Rakaman kejadian dikongsikan di platform media sosial. Menurut polis, klip video itu dirakam oleh anggota kumpulan samseng tersebut.

Kira-kira 20 anggota kumpulan itu dikatakan berada di dalam premis tersebut dan mengugut serta menganiaya kakitangan restoran.

Jurucakap Polis Nottinghamshire berkata, kejadian itu ‘tidak boleh diterima sama sekali’.

“Kami memandang serius kejadian ini. Ini adalah rompakan komersial kerana kumpulan itu menceroboh ke belakang kaunter perniagaan selain mencuri makanan dan minuman ringan,” katanya.



Pegawai itu juga berkata, kumpulan sama dilaporkan berkumpul di luar sebuah lagi cawangan McDonald’s di Milton Street kira-kira pukul 10 malam (waktu tempatan) tetapi tiada apa-apa yang diambil.

Kumpulan samseng itu dipercayai disertai oleh remaja yang berusia antara 14 hingga 16 tahun.

Polis pergi ke kedua-dua restoran McDonald’s itu tetapi kumpulan samseng tersebut sudah beredar.

“Tiada tangkapan dibuat lagi, tetapi kami akan bekerjasama dengan McDonald’s Clumber Street dan menjalankan siasatan berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) untuk mencari mereka yang bertanggungjawab,” tambah jurucakap sama. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kangkong Diharamkan Di Amerika, Ini Sebabnya (Video)

Suami Hana dari ‘neraka’



Noh Salleh buat ‘catwalk’ dengan rokok di mulut di KLFW2022 (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker