Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)

Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)

Selepas insiden di Kedah, sebuah acara fesyen di Kuala Lumpur pula dilanda kontroversi hampir sama.

Ia susulan seorang model memperagakan fesyen yang menampakkan bahagian dada serta berseluar pendek sambil memakai songkok.

Menteri agama Idris Ahmad antara pihak yang tidak senang dengan perkara itu.

Pemimpin PAS itu mengingatkan orang ramai supaya “jangan cuba mempermainkan atau membuat sebarang unsur provokasi terhadap agama Islam”.

“Kita tidak pernah mengganggu agama lain dan kita tidak pernah menghina agama lain kerana ia merupakan ajaran agama Islam yang dididik oleh agama Islam itu sendiri.

“Kita harap orang (agama) lain menghormati agama Islam.

“Kamu bebas untuk menganuti agama kamu tetapi jangan ada unsur-unsur bersifat provokasi,” dia dipetik sebagai berkata dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Harakahdaily melaporkan dia berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan itu yang berlaku dalam Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022 di baru-baru ini.

Isu itu mendapat perhatian awam selepas majalah hiburan EH! memuat naik rakaman video acara yang memaparkan “Koleksi Behati” yang mengambil inspirasi daripada gaya Peranakan.

Minggu Fesyen Kedah awal bulan ini terpalit kontroversi pemakaian seorang pengunjungnya yang berjaket tetapi menampakkan bahagian dada (bawah).

Exco Kedah Mohd Hayati Othman kemudian menjelaskan individu disangka wanita itu sebagai seorang mak nyah.

Penjelasan pereka fesyen

Sementara itu, pereka fesyen Kel Wen menjelaskan kontroversi itu dengan mengingatkan tentang sejarah songkok yang berasal daripada tarbus daripada era kerajaan Usmaniah di Turki.

Katanya, songkok ialah aksesori kepala rasmi dan bercorak kebudayaan serta tidak semestinya berkaitan dengan agama.

“Saya bukan Islam tetapi memakai songkok menunjukkan saya menerima dan belajar agama ini dengan cara hidup peribadi saya sendiri.

“Jika kamu tidak dapat terima, ia bermakna kamu rasis dan inilah masalah sebenarnya,” katanya.

Dia juga berkata pemakaian songkok dengan seluar pendek sama konsepnya dengan pemakaian tudung tetapi menunjukkan bahagian leher atau memakai sut rasmi dengan seluar pendek. Mk

Bersongkok tapi seluar pendek, acara fesyen KL pula dilanda kontroversi (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker