Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja

Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja

Najib Razak akan memperkukuhkan permohonannya untuk mendapatkan pengampunan diraja berdasarkan keputusan bertentangan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, kata peguam utamanya Muhammad Shafee Abdullah.

Selepas mahkamah persekutuan Jumaat lalu menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk menyemak semula sabitannya, termasuk hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes rasuah SRC International RM42 juta, Shafee berkata penghakiman bertentangan itu membuka jalan baharu untuk anak guamnya.

Ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, peguam kanan itu berkata keputusan Rahman yang tidak bersetuju tersebut telah dimasukkan dalam permohonan pengampunan diraja.

“(Permohonan) pengampunan kami adalah sama seperti yang dikatakan oleh Rahman Sebli dalam penghakimannya.

“(Permohonan) pengampunan ini adalah mengenai individu itu (Najib) yang tidak mendapat perbicaraan yang adil, ia (rayuan terhadap keputusan dan hukuman bersalah SRC) tidak didengari oleh Mahkamah Persekutuan, dan mereka (mahkamah persekutuan) hanya mendengar (sisi cerita) pendakwaan (dan bukannya Najib).

“Kami akan menghantar penghakiman Rahman Sebli kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dibacakan (sebagai sebahagian daripada permohonan pengampunan),” kata Shafee.

Walaupun Rahman dalam penghakimannya berkata dia cenderung untuk memberikan Najib pembebasan, ahli panel lain tidak bersetuju, menyebabkan keputusan majoriti 4 berbanding 1 untuk menolak permohonan semakan bekas perdana menteri itu.

Anggota lain yang menganggotai panel itu ialah hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Shafee sebelum itu menghadiri prosiding di hadapan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur berhubung kes pecah amanah (CBT) Najib membabitkan RM6.6 bilion dana kerajaan yang dibayar kepada syarikat Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) berhubung 1MDB.

Peguam Negara hari ini memohon agar perbicaraan yang dijadualkan membabitkan Najib dan Mohd Irwan Serigar Abdullah ditangguhkan ekoran ada “perkembangan baru”. MK

Najib petik hujah Rahman Sebli untuk pengampunan diraja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker