Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu

Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu

Polis akan memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung deraf penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap Najib Razak, yang bocor, semalam.

Ketua Polis Putrajaya A Asmadi Abdul Aziz, berkata pihaknya setakat ini merakam percakapan pengadu iaitu pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah serta pegawai komunikasi korporat.

Katanya, setakat ini, pihaknya menerima dua laporan yang dibuat di daerah berkenaan.



“Keterangan beberapa lagi orang akan diambil bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Seksyen 203 Kanun Keseksaan,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Terdahulu, A Asmadi dilaporkan berkata, pihaknya telah membuka siasatan berhubung kebocoran deraf penghakiman dalam tiga rayuan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan itu yang dimuat naik sebuah portal.

Ini susulan laporan dibuat Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah berkaitan deraf yang dimuat naik sebuah portal. FMT



Deraf penghakiman Najib bocor, polis panggil beberapa individu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker