Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati, “Orang Tak Rasa Apa Saya Rasa’ [VIDEO]

Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati, “Orang Tak Rasa Apa Saya Rasa’ [VIDEO]

PELAKON Janna Nick menjelaskan dia sama sekali tidak memerlukan simpati orang ramai berikutan masalah gangguan bipolar yang dihadapinya sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Janna, dia sedar wujud segelintir pihak yang mengatakan dirinya sekadar ingin meraih belas kasihan peminat apabila dia berkongsi masalah kesihatan mental di Instagram.



“Sumpah tak minta simpati dari sesiapan pun dan saya sama sekali tidak memerlukan itu, kalau betul saya minta simpati saya sudah buat dari dulu lagi dan bukannya sekarang, kalau mereka di luar sana ingin berkata itu terserah kepada mereka.

“Tiada sebab untuk saya menipu atau sengaja nenceritakan sakit yang saya alami, kerana saya ada surat dari pihak Doktor,” katanya ketika ditemui pada majlis malam gala tayangan filem Juang yang turut dilakokan oleh Janna.

Sementara itu, Janna atau nama asalnya Nurul Jannah Muner, 26, sedar tindakan berkongsi masalah kesihatan mental di Instagram seakan membuka aib sendiri, namun, tujuannya hanyalah untuk memberi kesedaran kepada umum.

View this post on Instagram



A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Malah, niat Janna adalah untuk menyampaikan mesej kepada individu yang mengalami masalah sama bahawa mereka tidak bersendirian mengharungi ujian tersebut.

“Walaupun saya sedar perkara itu tidak perlu dikongsi tetapi niat saya adalah untuk memberitahu mereka yang menghidapi masalah yang sama dengan saya, mereka tidak keseorangan.



“Orang yang pernah lalui saat yang sama dengan saya sahaja akan memahami. Bila kita ada masalah kesihatan mental sampai satu tahap sehingga rasa tidak ingin lagi hidup di dunia ini.

“Jadi tujuan saya cerita di Instagram dulu sekadar untuk beri kesedaran kepada masyarakat betapa seriusnya masalah ini

“Biarpun tindakan saya seperti membuka aib sendiri, namun niat saya untuk beri semangat kepada mereka yang senasib dengan saya untuk terus kuat dalam menjalani kehidupan seharian,” tambah Janna.

Terdahulu media melaporkan Janna tampil mendedahkan dia menghidap penyakit bipolar atau bahasa mudahnya suatu kondisi mental yang menyebabkan terjadinya perubahan mood yang esktrem.



Bagaimanapun, Janna memaklumkan dia sudah mendapatkan rawatan dan mengambil ubat atas nasihat doktor.

Selain Janna, Juang yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 8 September depan turut dibintangi barisan pelakon tanah air lain seperti, Zul Ariffin, Zizan Razak, Izzue Islam, Sangeeta, Angelin Tan, Vanidah Imran, Datuk Rosyam Nor dan ramai lagi.

Sinopsis:



Juang bakal mengangkat kisah perih getir para pemain barisan hadapan atau frontliners termasuk polis, doktor, jururawat, tentera serta penghantar makanan dalam memastikan keselamatan rakyat Malaysia terjamin.GEMPAK

Janna Nick Nafi Cuba Raih Simpati, “Orang Tak Rasa Apa Saya Rasa’ [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker