Maut dipukul majikan dengan topi keledar

Maut dipukul majikan dengan topi keledar

GUA MUSANG: Seorang buruh binaan meninggal dunia semalam dipercayai akibat dipukul dengan menggunakan topi keledar oleh majikannya, Isnin lepas.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu meninggal dunia pada 6.30 pagi ketika dirawat di Hospital Kuala Lipis, Pahang.



Beliau berkata, pada Isnin lepas, mangsa mengadu dipukul majikannya di Kampung Mentara Lama, di sini dan dibawa ke Klinik Kesihatan Merapoh, Pahang pada keesokannya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lipis pada hari sama.

“Siasatan awal mendapati mangsa bekerja dengan suspek sebagai tukang rumah di Kampung Mentara Lama.

“Punca awal kejadian disebabkan mangsa cuba mengambil duit upah membina rumah tanpa pengetahuan majikannya itu. Suspek berang lalu bertindak memukul mangsa menggunakan topi keledar hingga mangsa mengalami kecederaan dan kesakitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki berkata, susulan itu, suspek yang berusia 40 tahun direman hingga Selasa ini untuk membantu siasatan.



“Pada awalnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun kemudian mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memandangkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya. FMT

Maut dipukul majikan dengan topi keledar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker