Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

KAMPALA, Uganda – Seorang pengantin perempuan di Uganda berdepan detik malang apabila ditahan polis pada majlis perkahwinannya kerana didakwa mencuri wang sebanyak £220 (RM1,162) milik majikannya, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

Empat pegawai polis tempatan di Mbarara, barat Uganda menyerbu majlis perkahwinan Christine Natuhwere pada 20 Ogos lalu selepas pengurusnya di Centenary Bank, Mirembe Henry, menuduhnya mencuri wang itu.

Walaupun perkara itu disiasat sebagai aduan jenayah, polis telah menasihatkan kedua-dua pihak untuk mendapatkan penyelesaian sivil pada akhir Julai lalu.



Namun begitu, selepas membuka semula kes itu, ketua wilayah memutuskan untuk mendakwa wanita berkenaan atas tuduhan mencuri dan mengarahkan penahanannya.

Satu kenyataan polis berkata, pegawai tersebut telah menyebabkan gangguan awam di majlis berkenaan dan mereka mungkin berbuat demikian atas arahan Henry.

Pegawai berkuasa juga menggunakan kenderaan pengadu untuk membawanya ke penjara.

“Penangkapan itu memalukan mangsa di hadapan pengantin lelaki, keluarga, rakan, tetamu dan mentua.



“Ternyata hari yang sepatutnya menjadi hari paling bahagia dalam hidupnya berakhir dengan mimpi ngeri,” kata peguambela Natuhwera.

Jurucakap polis, Enanga Fred menambah tingkah laku pegawai dalam kes itu adalah memalukan dan dibuat dengan pertimbangan yang buruk.

Sejurus berita mengenai kejadian itu disampaikan kepada Komander Polis Wilayah, pengantin perempuan berkenaan segera dibebaskan dengan permohonan maaf dibuat kepadanya, pengantin lelaki, keluarga, mentua, rakan, tetamu dan pihak gereja.

Komander itu memaklumkan telah menggantung tugas  empat pegawai terbabit dan mendakwa mereka dengan tindakan tatatertib kelakuan yang tidak boleh dipercayai. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan



Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker