Graduan autisme bakal buat PhD, tapi masih main Power Rangers

Graduan autisme bakal buat PhD, tapi masih main Power Rangers

GOMBAK: Meskipun sudah memiliki ijazah dan sarjana, kini pula dalam proses menyambung pengajian di peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) bidang Pengajian al-Quran dan Sunnah, graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, masih dengan dunianya persis kanak-kanak berusia berusia lapan tahun.

Nur Arif Jasmin, 30, dikategori orang kurang upaya (OKU), iaitu autisme masih suka bermain seperti Play-Doh dan watak-watak ‘super hero’seperti Ultraman dan Power Rangers, atau karakter lasak.

Pemegang Sarjana Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah), dari UIAM, ini adalah graduan sentiasa positif dan bermain apa sahaja yang digemari sejak zaman kanak-kanak sehingga mencecah usia dewasa.

Permainannya diletakkan di Unit Perkhidmatan OKU (DSU), UIAM dan sebahagiannya ditempatkan di bilik asramanya. Ia menjadi Nur Arif ‘melepak’ untuk melayani dunianya setiap kali tiada kelas.

Malah, memahami karakter beliau begitu, kebanyakan koleksi permainannya itu zadalah hasil pemberian pensyarah dan kakitangan UIAM yang tahu akan minatnya itu.

Apabila ternampak karakter seperti Ultraman, Power Rangers atau mainan seperti helikopter, kereta api dan lori, mereka langsung tidak lokek wang untuk membelinya.

Ini kerana mereka sangat sukakan dengan sikap Nur Arif yang suka membantu orang ramai dan rakan-rakan, selain seorang insan yang suka menghiburkan orang di sekeliling dengan sikap kelakarnya.

Mengulas mengenainya, Nur Arif mengakui karakter itu tidak mengganggu kehidupan sebagai pelajar, sebaliknya situasi itu membuatkan bersemangat untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan golongan senasib.

“Saya sering berkongsi kehidupan sebagai OKU di Facebook miliknya, selain menjadi rakan pembimbing kepada OKU di kampus.

Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, beliau ingin berkongsi mengenai apa yang dihadapinya khusus kepada ibu bapa yang mempunyai anak senasib dengannya.

“Ramai ada anak autisme dan sering bertanya soalan mengenai masalah dihadapi mereka. Dengan perkongsian ini, dapat menjawab masalah dihadapi oleh ibu bapa berdasarkan pengalaman saya sebagai autisme.

“Saya suka menulis kata-kata motivasi sebagai dorongan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti mental,” katanya.

Nur Arif berasal dari Muar, Johor berkata perkongsian dibuat berikutan tiada mata pelajaran berkaitan OKU di universiti.

Ketika menyambung pengajian dalam Sarjana Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Pengajian Quran dan Sunnah) sebelum ini, beliau menjalankan kajian mengenai OKU dan Islam bertajuk ‘Hak-Hak OKU Dari Perspektif Islam’.

“Saya memilih tajuk ini kerana mahu membantu OKU lain mengikut kemampuan saya. Saya masih mampu membantu pelajar OKU yang menghidapi masalah penglihatan atau fizikal seperti membawa mereka ke kelas.

“Untuk OKU mental, kita boleh membantu dengan mendengar masalah,” katanya.

Gemar membantu OKU

Beliau yang juga hafiz al-Quran sebelum menyambung pengajian ke UIAM berkata, minatnya membantu insan OKU adalah sejajar dengan tuntutan Rasulullah yang memuliakan golongan itu.

“Saya dan rakan lain juga sama-sama membantu sesiapa yang memerlukan seperti melintas jalan dan mencari kelas,” katanya yang fasih bahasa Inggeris dan Arab.

Nur Arif kini yang sedang dalam proses melanjutkan pengajian di peringkat PhD bidang Pengajian al-Quran dan Sunnah berkata, beliau berharap usaha itu dapat dilakukan secara berterusan.

“Saya akan terus berusaha membantu mereka yang memerlukan selagi saya mampu,” katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah.

Kongsinya, meskipun ada pensyarahnya yang menyatakan sifatnya masih keanak-anakan, iaitu seperti budak berusia lapan tahun yang sukakan mainan, Nur Arif tidak ambil pusing kerana ia tidak menjejaskan pencapaiannya dalam akademik dan penghalang menyambung PhD.

Ketua Unit Perkhidmatan OKU (DSU) UIAM, Prof Dr Ruzita Mohd Amin, ketika ini, seramai 88 pelajar UIAM mendaftar di unit itu adalah OKU daripada pelbagai kategori termasuk ketidakupayaan penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal, mental, masalah pembelajaran dan ketidakupayaan pelbagai.

“Sejak unit ini diwujudkan pada 2012, pelbagai kemudahan disediakan bagi memudahkan pergerakan, kehidupan dan pembelajaran OKU terutama yang berkeperluan khas seperti kerusi roda elektrik, kaki palsu, alat pembelajaran khas dan sebagainya.

“Turut disediakan rakan pembimbing kepada OKU lain seperti OKU penglihatan yang memerlukan rakan sukarelawan untuk membawa mereka ke mana-mana dan ketika ini Nur Arif salah seorang yang membantu rakan OKU lain,” katanya.

Ruzita yang juga pensyarah di Jabatan Ekonomi berkata, selain itu sejak unit itu diperkenalkan, semua pelajar baharu akan diberikan taklimat khas ketika sesi orientasi mengenai cara menyantuni pelajar, kakitangan dan pensyarah OKU di universiti itu.

Katanya, perkongsian berbentuk penceritaan pengalaman daripada insan OKU supaya pelajar tidak mengabaikan golongan itu.

“Syukur sejak sesi perkongsian seperti itu dibuat, dapat dilihat pelajar semakin peka untuk membantu golongan OKU yang memerlukan seperti menolong melintas jalan,” katanya yang juga OKU sejak kecil akibat penyakit polio.

Beliau sudah menjadi pensyarah di UIAM sejak tahun 1987 berkata, ini kerana sistem pendidikan bagi pelajar OKU dan bukan OKU di Malaysia dilihat berbeza.

Di luar negara, waktu persekolahan semua pelajar akan belajar bersama-sama dengan pelajar OKU dalam persekitaran inklusif, sekali gus membuatkan mereka sudah terbiasa dengan kehadiran OKU.

“Berbeza di Malaysia, kelas bagi kebanyakan pelajar OKU diasingkan dengan pelajar bukan OKU dan apabila berhadapan dengan OKU mereka tidak tahu untuk menyantuni atau membantu mereka,” katanya. BH

Graduan autisme bakal buat PhD, tapi masih main Power Rangers


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Punca kekalahan sebenar UMNO

UMNO perlu ‘total reset’, ini kesalahan presiden hingga bawahan – Akmal Saleh

Seram dengan kerajaan kesatuan ummah PN, BN, GPS dan GRS, Kit Siang desak PH agar kerjasama dengan PN

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker