Lelaki cucuk mata buaya untuk selamatkan diri

Share

Lelaki itu nekad mencucuk mata seekor buaya untuk menyelamatkan diri setelah diserang binatang terbabit.

LAWAS – Seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia nekad mencucuk mata seekor buaya untuk menyelamatkan diri setelah diserang binatang terbabit berhampiran sebuah parit di Ladang Trusan di sini, semalam

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Roslan Leman mengesahkan kejadian terbabit berlaku sekitar pukul 10.40 pagi.

“Mangsa ketika itu sedang mengait buah kelapa sawit sebelum binatang terbabit menyerang dan menggigit paha kirinya.

“Mangsa berjaya melepaskan diri dengan menyucuk mata buaya dan naik ke tepi sebelum meminta pertolongan dari kawannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Beberapa minit selepas kejadian tersebut, penolong pengurus ladang telah sampai bersama pembantu perubatan yang bertugas di ladang tersebut untuk memberikan bantuan kecemasan sebelum dibawa ke Hospital Lawas untuk pemeriksaan lanjut.

Mangsa dikenali sebagai Sulu Maralang, 46, mengalami kecederaan parah di paha kiri.

Difahamkan buaya sepanjang lima meter tersebut telah ditangkap dengan jerat oleh pekerja ladang sebelum diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Buaya dan Pekebun Sama – Sama Terkejut Dalam Kebun Sawit

Leave a Reply