Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir

Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak Saarani Mohamad menyindir Mahathir Mohamad ketika menjadi perdana menteri yang memohon petisyen pengampunan diraja kepada Anwar Ibrahim.

Dakwa menteri besar Perak, rakyat ketika itu juga “kecewa” atas tindakan Mahathir, sambil menyifatkan tiada bezanya antara tuntutan untuk melakukan perkara sama bagi mendapatkan pengampunan diraja terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, yang kini dipenjarakan.



“Bukankah Tun Mahathir individu yang bertanggungjawab membuat petisyen untuk Datuk Seri Anwar?

“Anda fikir rakyat tak kecewakah? Rakyat kecewa. Tapi waktu itu dia (Mahathir) jadi perdana menteri, jadi sama saja, serupa saja,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Saarani mengulas kenyataan Mahathir dalam ceramah di Ipoh, semalam, rakyat akan kecewa jika Najib yang kini menjalani hukuman penjara atas kesalahan rasuah dibebaskan.

Mahathir yang juga pengerusi Pejuang dalam program Jelajah Sayang Bangsa negeri Perak berkata, tidak mustahil Najib boleh dibebaskan dengan pengampunan diraja, namun rakyat pasti kecewa kerana kesalahan dilakukannya melibatkan penipuan wang berbilion ringgit.



Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dihadapi Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Sementara itu, Saarani yang juga ketua Umno Perak berkata, pihaknya akan memulakan kutipan petisyen untuk dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan keampunan kepada Najib.

Katanya, Umno negeri telah diminta mengeluarkan pekeliling supaya dapat dianjurkan kutipan tanda tangan beramai-ramai dalam kalangan ahli.

“Perak kita mulakan sekarang, secara kebetulan Umno sedang buat mesyuarat cawangan-cawangan, jadi semasa mesyuarat itu boleh buat kutipan (tanda tangan),” katanya. FMT



Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker