Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam

Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam

Peguam kanan Zaid Ibrahim dan dua rakan kongsinya menuntut “penarikan balik dan permohonan maaf sepenuhnya dan tidak berbelah bahagi” daripada Presiden Badan Peguam Malaysia Karen Cheah atas kenyataan media yang didakwa sebagai “libel yang serius” mengenai kelakuan mereka dalam rayuan kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak.

Zaid, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavanam berkata, mereka akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Cheah jika beliau tidak menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf sebelum 2 Sept.

Mereka mendakwa, kenyataan media pada 19 Ogos, yang menjadi asas kepada laporan berita oleh The Edge, Malay Mail dan The Star pada hari yang sama, “secara palsu dan berniat jahat” mengandungi kenyataan mengenai kelakuan mereka dalam rayuan Najib di Mahkamah Persekutuan.

Surat yang dikeluarkan pada 26 Ogos melalui firma guaman mereka, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, mengenal pasti beberapa perenggan dalam kenyataan media Cheah yang didakwa “tidak mempedulikan sama ada kaitan yang diadukan (adalah) benar”.

Selain permohonan maaf, dalam surat itu mereka menggesa presiden Badan Peguam itu untuk berjanji tidak mengulangi kenyataan sedemikian mengenai peguam-peguam terbabit. Mereka turut meminta pampasan kos dan perbelanjaan yang munasabah. FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker