Ayuh Keluarga Malaysia, kita pertahankan kemerdekaan – Ismail

Ayuh Keluarga Malaysia, kita pertahankan kemerdekaan – Ismail

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama mempertahankan kemerdekaan yang diperjuangkan wira-wira terdahulu menjelang sambutan Hari Kebangsaan, tidak lama lagi.

Perdana Menteri berkata, atas rasa cinta kepada negara, Keluarga Malaysia harus terus bekerjasama dan bersatu padu bagi membangun dan menjaga kedaulatan negara.

“Selamat Hari Kebangsaan 2022. Keluarga Malaysia Teguh Bersama. Merdeka! Merdeka! Merdeka!,” kata Ismail Sabri menerusi video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya, pada Ahad.

Hari Kebangsaan 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ bakal disambut Rabu ini seawal 7 pagi di Dataran Merdeka secara besar-besaran dengan sasaran seramai 50,000 pengunjung.

Pelbagai acara menarik diatur bagi menyemarakkan sambutan tahun ini termasuk keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta berkuda Diraja dari Menara DBKL ke Dataran Merdeka. Sinar

Ayuh Keluarga Malaysia, kita pertahankan kemerdekaan – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker