Isu sedekah undi: Haji Hadi dibidas lagi

SHAH ALAM – Tindakan memberikan wang kepada mana-mana pihak untuk meraih undi tidak boleh disifatkan sebagai sedekah kerana ia merupakan satu bentuk sogokan atau rasuah.

Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin berkata, sesuatu perbuatan tidak boleh dikira sebagai sedekah sekiranya ia dilakukan dengan mengharapkan balasan.

“Jika sesuatu transaksi itu ada timbal balasnya, ia bukanlah sedekah tetapi lebih kepada perniagaan, suapan, sogokan, rasuah atau lain-lain transaksi dan bukan sedekah.



“Oleh itu, bergantung kepada niat seseorang. Jika pemberian wang itu untuk meraih undi maka itu sogokan atau rasuah,” katanya ketika dihubungi.

Badlishah berkata, pemberian sedekah seeloknya diberikan kepada kumpulan sangat memerlukan seperti orang fakir dan miskin antaranya melalui badan kebajikan.

Dalam pada itu, beliau berkata, meskipun perjalanan pilihan raya sememangnya memerlukan wang untuk memastikan pergerakan jentera seperti mencetak poster dan menyambut tetamu, namun pemberian wang untuk meraih undi tidak dibenarkan demi mengelakkan aktiviti rasuah.

“Sebaiknya apa sahaja bantuan kewangan untuk pengundi tidak digalakkan supaya tidak ditafsirkan sebagai membeli undi. Ini bertepatan dengan etika politik yang sihat,” ujarnya.



Sehubungan itu Badlishah berkata, Akta Pendanaan Politik perlu diwujudkan bagi menambah baik kawal selia perbelanjaan pilihan raya dan seterusnya memastikan sistem demokrasi negara dijalankan dengan telus dan bersih.

“Kewujudan akta berkenaan dapat memantau sumber kewangan diperolehi parti politik serta ke mana ia dibelanjakan. Maka ia dapat membina suasana politik yang lebih sihat insya-ALLAH pada masa hadapan,” jelasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Doktor jelaskan kenapa tidur ditindih hantu



Kantoi berbogel bersama ibu mentua

Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker