Menyamun guna pen, penyembur pemedih mata

Menyamun guna pen, penyembur pemedih mata

Ampang Jaya: Tidak sampai 24 jam melakukan jenayah, polis menahan seorang lelaki yang terbabit dalam kejadian samun sebuah stesen minyak di Pandan Jaya, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa iaitu juruwang didatangi seorang lelaki yang memakai topi serta pelitup muka.

“Suspek meluru masuk ke arah kaunter sebelum menyembur pemedih mata ke arah mangsa dan mengambil beberapa kotak rokok.

“Suspek juga mengarahkan mangsa membuka peti wang kaunter sambil mengacukan sebatang pen ke arah mangsa.

“Mangsa yang ketakutan kemudian menurut arahan suspek lalu mengambil wang tunai kira-kira RM600 sebelum melarikan diri,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, menurut mangsa, suspek pernah datang untuk meminta pekerjaan di stesen minyak terbabit sebelum ini.

“Susulan itu, kami menahan suspek berusia 27 tahun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 10.30 malam tadi.

“Berdasarkan pandu arah suspek, kami membuat serbuan di sebuah kediaman di Taman Bakti, di sini, dan merampas pakaian serta penyembur pemedih mata digunakan suspek dalam kejadian itu,” katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mendapati dua hari sebelum kejadian, suspek pergi minta kerja di stesen minyak yang disamun berkenaan.

“Semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod jenayah dan dadah termasuk dua kes samun berkawan dengan senjata.

“Hasil ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadap suspek didapati positif dadah jenis ganja,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan rompakan.

“Pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam apa-apa perbuatan rompakan,” katanya. HM

Menyamun guna pen, penyembur pemedih mata


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker