Azalina bukan kritik PM, hanya pandangan peribadi yang ikhlas

Kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Seri Azalina Othman yang didakwa secara terbuka menyindir dan menyalahkan Naib Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukanlah kritikan sebaliknya pandangan peribadinya.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang juga Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, pandangan yang diluahkan oleh Ahli Parlimen Pengerang itu adalah berdasarkan pemerhatiannya sebagai pengamal undang-undang sebelum ini.

“Saya rasa itu bukanlah kritikan tetapi ia lebih kepada pandangannya sebagai seorang yang arif dalam bidang perundangan.



“Yang Berhormat Pengerang mempunyai pandangannya untuk menambah baik pentadbiran dan mungkin beliau melihat daripada aspek itu untuk menambah baik pentadbiran Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Perlis di Felda Chuping, di sini hari ini.

Dalam taklimat khas Presiden Umno di Ibu Pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur semalam, Azalina dilaporkan berkata, Perdana Menteri seharusnya melantik Peguam Negara dalam kalangan ‘orang dia’ bagi memudahkan segala urusan.

Malah Azalina dilaporkan berkata, pelantikan peguam negara adalah atas nasihat Perdana Menteri dan beliau seharusnya melantik ‘orang dia’ untuk memudahkan segala urusan terutama dalam hal perundangan.



Taklimat Khas Presiden Umno yang diadakan itu antara lain bertujuan sebagai tanda solidariti parti kepada bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara kerana kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu, Azlan merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Negeri Perlis di Felda Chuping, Padang Besar yang bermula sejak 26 Ogos lalu.

Dalam majlis itu juga, Azlan turut menyampaikan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Lelaki dan Wanita dan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan kepada wakil belia yang banyak menyumbang bakti kepada masyarakat.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker