PKPB seluruh negeri selama 4 minggu bermula 9hb November – MKN

Perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, ia dilaksanakan untuk tempoh 4 minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini.

Katanya, ia selepas mendapat penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan peningkatan ketara kes Covid-19.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar dan mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti selain mengekang penularan Covid-19 di negeri ini.



“SOP bagi PKPB ini sama seperti yang diumumkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau berkata, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran polis.

“Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran majikan. Hanya 2 orang sahaja dari rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Manakala, individu berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak. Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz ditutup,” katanya.



Ismail berkata, bagi Perlis, Pahang dan Kelantan yang kini bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, namun pergerakan rentas daerah dalam ketiga-tiga negeri dibenarkan seperti biasa.

“Bagi Sarawak, pergerakan rentas dari Semenanjung, Sabah dan Labuan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran polis. Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dalam Sarawak dibenarkan kecuali ke daerah Kuching,” katanya.

Berita sebelum ini.

Adakah kerajaan sedang mempertimbangkan perintah kawalan perjalanan bersyarat di seluruh negara?



Sumber rapat memberitahu bahawa perkara ini akan diumumkan secara rasmi.

Seperti yang kita ketahui kes Covid-19 terus melonjak ketika ini dan tiada tanda – tanda ianya akan menurun dalam masa terdekat ini.

Kami difahamkan PKPB kali ini akan dilaksanakan selama sebulan di seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis.

Setakat hari ini PKPB dilaksanakan di Zon Merah sahaja. Hanya Sabah dan Selangor sahaja dilaksanakan di seluruh negeri.



Semalam sahaja negara merekodkan 1755 kes jangkitan Covid-19 baru. Ini merupakan angka tertinggi yang tercatat setakat ini.

Apa pun kita pasti KKM dan MKN akan membuat keputusan terbaik untuk rakyat demi keselamatan dan kesihatan kita semua.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker