Doktor mahu jalankan pembedahan pemindahan rahim untuk transgender

NEW DELHI – Seorang pakar bedah di India komited untuk menjalankan pembedahan pemindahan rahim kepada individu transgender yang dilahirkan sebagai lelaki dalam usahanya untuk membolehkan golongan itu hamil, lapor portal berita MailOnline semalam.

Prosedur berisiko itu akan melibatkan pengambilan organ pembiakan daripada penderma yang telah meninggal dunia atau pesakit yang membuang rahim mereka.

Setakat ini, hanya terdapat satu kes pemindahan rahim terhadap seorang individu transgender pernah didokumentasikan. Pesakit itu bagaimanapun meninggal dunia akibat komplikasi beberapa bulan kemudian.

Usaha untuk ‘menghamilkan’ individu transgender merupakan satu perkara yang ‘sukar’ dilakukan kerana golongan itu, yang dilahirkan sebagai lelaki, tidak mempunyai sistem pembiakan wanita.

Dr. Narendra Kaushik, yang mengendalikan sebuah klinik menukar jantina di New Delhi berkata, dia amat optimis dapat menjadikan prosedur itu satu kejayaan.

“Setiap individu transgender juga berkeinginan untuk menjadi ibu.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan menjalankan pembedahan pemindahan rahim, sama seperti yang dilakukan dalam pembedahan pemindahan buah pinggang atau pembedahan lain.

“Kami tidak boleh meramalkan bila prosedur (pemindahan rahim) akan berlaku, namun ia akan dilakukan tidak lama lagi,” ujarnya.

Narendra bagaimanapun tidak mendedahkan penerima atau jadual bagi pembedahan tersebut.

Kos pembedahan pemindahan rahim dijangka mencecah sekitar £50,000 (RM270,070). – Agensi

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker