Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta

Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta

Sebuah kapal selam berperisai yang kelihatan seperti lambang watak adiwira terkenal, Batman, ditawarkan untuk dijual pada harga £1.3 juta (RM6.8 juta), lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Kapal selam Kronos itu boleh memuatkan 10 penumpang dan sesuai untuk operasi komersial, menyelamat dan pertempuran.

Syarikat Highland Systems yang berpangkalan di Britain dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berkata, kapal hibrid itu membawa konsep baharu dalam pengeluaran kapal selam di seluruh dunia.

Reka bentuk hidrodinamik futuristik kapal selam itu menampilkan sayap lipat untuk memudahkan pengangkutan.

Ia juga mempunyai reka bentuk badan yang inovatif dengan mengurangkan penggunaan bahan api dengan ketara, meningkatkan kelajuan maksimum dan memberikan kestabilan yang baik.

Dengan panjang sembilan meter, kapal selam berbentuk ikan pari manta itu boleh mencecah kelajuan 80 kilometer per jam (km/j) di atas air dan 50 km/j di bawah lautan.

Ia boleh menyelam pada kedalaman sehingga 250 meter dan mempunyai kapasiti beban sehingga 3,000 kilogram (kg) di atas air.

Sistem pendorong hibridnya yang menggunakan diesel dan elektrik mampu menjana 1,200 kuasa kuda sehingga boleh melakukan perjalanan selama 54 jam.

Bahagian dalamannya mempunyai pencahayaan penyesuaian dan pendingin hawa. Terdapat juga sistem sokongan hayat automatik.

Highland Systems berkata, kapal selam Kronos akan dibuat di UAE tetapi tarikh penghantaran belum diumumkan lagi. K Online

Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker