Alasan penghakiman belum tersedia, rayuan kes ‘basikal lajak’ tangguh

Alasan penghakiman belum tersedia, rayuan kes ‘basikal lajak’ tangguh

Rayuan Sam Ke Ting terhadap sabitan dan hukuman penjara atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang “basikal lajak” ditangguhkan kerana penghakiman Mahkamah Tinggi yang menjadi sebahagian daripada rekod rayuan belum tersedia.

Peguam mewakili Sam, Harvinderjit Singh berkata, Mahkamah Rayuan masih menunggu alasan penghakiman daripada Hakim Mahkamah Tinggi Abu Bakar Katar.



“Satu lagi pengurusan kes telah ditetapkan pada 13 Okt,” katanya kepada FMT selepas prosiding pengurusan kes dalam talian di hadapan timbalan pendaftar Norkamilah Aziz hari ini.

Dalam rayuan jenayah, pejabat pendaftar mahkamah akan menyediakan dan menyampaikan rekod rayuan yang mengandungi nota keterangan, ekshibit dan alasan penghakiman kepada pihak-pihak.

Pada 18 April, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran untuk Sam membuat rayuan terhadap hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Sam untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan denda tersebut serta membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu rayuannya didengar.



Pada 13 April, Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara dan denda ke atas Sam selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Okt tahun lepas untuk melepas dan membebaskan Sam.

Beliau juga memerintahkan agar Sam dipenjarakan selama enam bulan jika gagal membayar denda, dan mengenakan larangan memandu selama tiga tahun selepas tamat tempoh penjaranya.

Kesalahan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

Sam, seorang kerani berusia 22 tahun ketika kejadian, didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017.



Lapan remaja yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada Azrie Danish Zulkefli, 14, Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14, Firdauz Danish Mohd Azhar, 16, Fauzan Halmijan, 13, Azhar Amir, 16, Harith Iskandar Abdullah, 14, Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16. FMT

Alasan penghakiman belum tersedia, rayuan kes ‘basikal lajak’ tangguh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker