Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar

Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar

Satu petisyen dilancarkan melalui portal change.org sebagai platform bagi orang ramai untuk menyatakan solidariti dalam usaha memohon pengampunan diraja terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Petisyen yang dimulakan oleh BN Comms Selangor sejak dua hari lalu itu boleh dicapai melalui pautan https://chng.it/ZHsKDHVq.



Najib menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos lalu setelah Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan, hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas beliau dalam kes SRC International.

Petisyen tersebut antara lain turut menyatakan, di bawah kepimpinan Najib, ekonomi Malaysia berada di puncak dengan pelbagai inisiatif ekonomi, penambahbaikan sosial, dana untuk pelajar dan kemasukan pelaburan asing tertinggi.

Kepimpinan Najib juga disenangi dua kuasa ekonomi utama dunia Amerika Syarikat (AS) dan China serta menjaga hubungan baik dengan pemimpin negara-negara Arab serta Taiwan.

“Polisi ekonomi Najib yang memindahkan pemilikan khazanah rakyat dari taikun-taikun tertentu kepada syarikat milikan negara menyebabkan ada pihak sakit hati sekali gus memulakan plot politik jahat.



“Empat tahun tanpa kepimpinan Najib menyebabkan negara kita terkebelakang sehingga tidak lagi menjadi minat pelabur asing,” jelas petisyen itu. MG

Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker