Mukhriz tak matang – Marzuki

Mukhriz tak matang – Marzuki

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir tidak menunjukkan sisi matang dalam kepimpinan selepas terburu-buru mengumumkan parti itu keluar Gerakan Tanah Air (GTA), kata timbalannya, Marzuki Yahya.

Beliau berkata, keputusan itu juga tidak dibincangkan bersama pucuk pimpinan tertinggi, sebaliknya Mukhriz hanya mengambil kira pandangan perwakilan pada Perhimpunan Agung Pejuang pada Sabtu lepas.



Katanya, masa depan parti memerlukan hala tuju jelas supaya kekalahan pada PRU15 tidak berulang.

“Saya menerima apa jua keputusan diambil beliau. Cuma, Mukhriz harus beri penerangan terperinci mengapa GTA ditubuhkan daripada terus membuat kesimpulan keluar daripada gabungan ini,” kata Marzuki, lapor Utusan Malaysia.

“Saya kurang bersetuju dengan langkah yang mana jika ada cadangan bersama dengan parti lain, ini menunjukkan kita sudah lari daripada matlamat asal, contohnya bersama Pakatan Harapan (PH).

“Dalam kita berdepan dengan PH, tidak bermakna kita bercakap soal perkauman, cuma ideologi dan pembawaan di dalam parti, khususnya DAP. Ini akan merugikan orang Melayu pada masa akan datang.”



Marzuki berkata, Mukhriz tidak sepatutnya menyebut untuk bersama parti lain.

“Sebagai parti yang ditubuhkan berdasarkan matlamatnya sendiri, maka kita tidak seharusnya bercakap soal pilihan lain seperti yang presiden sebut, antaranya bersama PH.

“Yang harus ada adalah memperkasa Pejuang dan GTA untuk perjuangan bangsa Melayu,” katanya.

Pada Perhimpunan Agung Pejuang kali kedua kelmarin, Mukhriz mengumumkan keputusan membawa parti itu keluar daripada GTA bagi memberikan tumpuan kepada usaha pengukuhan parti sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.



GTA ialah gabungan politik yang masih belum diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Ia dianggotai empat parti komponen utama iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Berjasa (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Pada PRU15, GTA yang bertanding menggunakan logo Pejuang gagal memenangi sebarang kerusi Parlimen meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Malah, Pengerusi GTA Dr Mahathir Mohamad, selain Mukhriz dan Marzuki, juga tewas dengan majoriti besar dan kehilangan deposit. FMT

Mukhriz tak matang – Marzuki



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras



Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker