PN ada kelebihan – Shabery

PN ada kelebihan – Shabery

Keyakinan Perikatan Nasional (PN) yang mengumumkan pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 jika mereka memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) mendapat perhatian Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Dengan nada sinis, bekas menteri itu berkata, impian PN mungkin tercapai kerana pihaknya mempunyai pakar dalam membuat manifesto.



“PRU dah dekat. Nama-nama bakal PM pun dah diketahui.

“Lepas ni tengok manifesto pula. Rasanya PN ada kelebihan. Mereka ada pakar manifesto,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Ahmad Shabery yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu merujuk kepada laporan media mengenai pengumuman Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai bahawa Muhyiddin merupakan Perdana Menteri sekiranya PN menang PRU15 kelak.

Menurutnya, gabungan parti dalam PN akan menumpukan kekuatan dan perpaduan bagi memenangi PRU15 seterusnya mengambil alih kerajaan Persekutuan.



Pakar manifesto yang disebut Ahmad Shabery dipercayai merujuk kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan yang sebelum ini merangka manifesto untuk Pakatan Harapan (PH) semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).

Dengan manifesto itu, gabungan Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas Putrajaya dan menumbangkan kerajaan 60 tahun Barisan Nasional (BN)

Selain PN, PH sudah menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri mereka.

Manakala Barisan Nasional (BN) pada April lalu memutuskan untuk mencalonkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kekak jawatan Perdana Menteri.



Dalam pada itu, Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) pula mencalonkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri buat kali ketiga jika parti itu menang pada PRU15. MG

PN ada kelebihan – Shabery


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker