Superman LPT1 akhirnya ditahan Polis [VIDEO]

Tangkap layar dari video yang tular memaparkan aksi ‘Superman’ dilakukan seorang penunggang motosikal sebelum dia ditahan polis di LPT1, Kemaman pada Sabtu. – Foto media sosial

KEMAMAN – Tindakan seorang remaja lelaki melakukan aksi ‘Superman’ dan zig-zag ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dia ditahan polis berhampiran Plaza Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek berusia 18 tahun yang beralamat di Bandar Jengka, Pahang itu ditahan selepas dikesan menunggang motosikal secara berbahaya kira-kira jam 10.30 pagi.

“Remaja ini melakukan aksi ‘Superman’ dengan menundukkan kepala selari dengan meter sambil melakukan aksi zig-zag dari lorong kanan jalan ke lorong kiri secara berulang kali sejauh kira-kira dua kilometer.

“Polis telah mengarahkan suspek yang menunggang motosikal EX5 supaya berhenti, namun enggan dan terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor,” katanya di sini pada Ahad.

https://www.youtube.com/watch?v=Wtagj5_Tz6g

Menurut Hanyan, polis mengekori suspek namun lelaki tersebut membuat pusingan U dan memecut laju melawan arus ke arah Kuantan, Pahang sebelum sekali lagi membuat pusingan U menghala ke Plaza Tol Jabor.

Beliau berkata, ketika melarikan diri, motosikal ditunggang suspek terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari Plaza Tol Jabor dan mengalami kecederaan ringan iaitu luka pada bahagian dagu.

“Suspek kemudian berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker