Kereta milik Puteri Diana dilelong AS$762,600

Sebuah kereta milik mendiang Puteri Diana dijual pada sesi lelongan di United Kingdom dengan harga £650,000 (AS$762,600). – Foto AP

LONDON – Sebuah kereta milik mendiang Puteri Diana dijual pada sesi lelongan di United Kingdom dengan harga £650,000 (AS$762,600).

Seorang pembida British membeli Ford Escort RS Turbo Siri 1 di Lelongan Silverstone, pada Sabtu, menurut Agensi Anadolu.

Diana, puteri Wales, pernah memandu kereta itu dari 1985 hingga 1988, dan bergambar dengannya di khalayak ramai.

Kereta itu mencatatkan jarak pemanduan sejauh 24,961 batu sahaja.



Ia merupakan satu-satunya kereta hitam seumpamanya berikutan perjanjian antara Ford dan pasukan keselamatan Diana untuk memastikan ia tidak mucah dicam.

Kereta dengan siri ini kebanyakannya berwarna putih.

Ciri-ciri lain termasuk cermin pandang belakang sekunder untuk digunakan pasukan keselamatan, dan radio dalam di dalam bekas tempat letak barang.

Pada Jun tahun lalu, sebuah lagi Ford Escort milik puteri Diana berjaya dilelong pada harga £52,000 (AS$61,000). – Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

 

 



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker