Anwar Ibrahim Isytihar “Perang” Terhadap Azmin Ali

Oleh Tun Teja

SEJARAH Anwar Ibrahim dan Azmin Ali ini dilihat agak sadis. Hubungan akrab kedua mereka bertukar menjadi musuh ketat dalam politik setelah bertahun-tahun jatuh bangun bersama.

Pada tahun 1987, ketika Azmin Ali berusia 23 tahun, beliau dilantik sebagai pegawai khas kepada Anwar Ibrahim. Kemudian Azmin menjadi setiausaha sulit kepada Anwar apabila pengasas PKR itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Azmin menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional selepas Anwar didapati bersalah atas kes rasuah dan liwat pada tahun 1998. Pada November 2010, beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Presiden PKR. Parti Keadilan Nasional kemudiannya dikenali dengan Parti Keadilan Rakyat.

Semua kerusi yang ditandingi Azmin atas tiket PKR namun beliau berpaling tadah kepada parti tersebut. Pada 24 Februari 2020, beliau dipecat dari PKR bersama dengan Zuraida Kamaruddin. Pemecatan beliau dibuat kerana membawa keluar sebahagian daripada Ahli Parlimen Pakatan Harapan dari PKR dan menyokong parti lawan.

Beliau kemudiannya bersama-sama 11 orang bekas Ahli Parlimen PH telah keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas sebelum menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) manakala Baru Bian kekal dalam kem pembangkang dengan menyertai Parti Sarawak Bersatu.

Azmin merupakan ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal iaitu 2008, 2013 dan 2018 sehingga sekarang. Kerusi tersebut ditandingi atas tiket PKR.

Kini Presiden PKR Anwar Ibrahim berikrar mengistiharkan “perang” untuk menuntut semula kawasan pilihan raya daripada mereka yang mengkhianati PKR. Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali, keluar daripada parti itu dan memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan PH melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Anwar berdendam dengan Azmin Ali.

Anwar menegaskan PKR telah datang untuk “menyerang” kawasan dipegang oleh “pengkhianat” dalam acara Rapat Mega (himpunan mega) pertamanya di Melawati, kawasan dibawah DUN Gombak.

“Dengar sini baik-baik, rakan-rakan di Gombak, Ampang dan sekutu-sekutu. Dalam strategi pilihanraya kita, kawasan paling kuat yang kita akan menyerang adalah kawasan yang dipilih rakyat, yang dipilih untuk bela nasib rakyat, yang dipilih atas nama prinsip perjuangan keadilan, kemudian khianati mereka.Sebab itu kawasan ini jadi tumpuan kita untuk hukum dan humban mereka.”- Anwar Ibrahim

Mungkinkah Azmin akan hilang kerusi Gombak pada PRU-15? Mampukah Anwar merampas kerusi Azmin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker