Terima Kasih MT UMNO Dan Ahli Parlimen BN Kerana Pilih Ismail Sabri - Nazri — MYKMU.NET

Terima Kasih MT UMNO Dan Ahli Parlimen BN Kerana Pilih Ismail Sabri – Nazri

Sebaran :

Terima Kasih MT UMNO Dan Ahli Parlimen BN Kerana Pilih Ismail Sabri – Nazri

Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika berkata demikian mengajak semua Ahli Parlimen UMNO agar melupakan sengketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) melawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Beliau merakamkan penghargaan kepada MT UMNO dan semua parti dalam PN yang bersetuju memilih

Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada MT UMNO dan Ahli Parlimen BN kerana membuat keputusan tepat memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga saya ucapkan terima kasih kerana turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

“Kini masa untuk semua ahli parlimen UMNO melupakan sengketa lalu dan kembali bersatu demi memastikan usaha kerajaan melawan COVID-19 dan membantu memulihkan ekonomi negara dan rakyat berjaya,” katanya kepada Astro AWANI.

Nazri berkata tidak ada sebab untuk Ahli-Ahli Parlimen UMNO untuk tidak bersama dengan kerajaan PN kerana pemilihan Ismail Sabri membolehkan UMNO kembali menerajui kerajaan bersama rakan-rakan dalam PN.

Beliau menegaskan, semua usaha seharusnya ditumpukan kepada membantu rakyat yang sememangnya menjadi fokus utama UMNO selama ini.

“Dengan pemilihan Ismail Sabri ini, UMNO kembali menerajui kerajaan dengan disokong oleh rakan-rakan dalam PN.

“Kita (Ahli Parlimen UMNO) perlu buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang mengutamakan rakyat.

“Tidak perlu lagi kita bertelagah dan fokus kepada usaha lawan COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.

Jawatan Perdana Menteri kosong ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Difahamkan Ismail Sabri memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen PN dan BN bagi mengisi jawatan perdana menteri.

Terdapat dakwaan mengatakan hanya Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak menyokong pencalonan Ismail Sabri.-Awani

Terima Kasih MT UMNO Dan Ahli Parlimen BN Kerana Pilih Ismail Sabri – Nazri


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Perutusan Propaganda’, Najib balun Muhyiddin cabar jawab soalan ini

Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti – Penganalisis

Muhyiddin ‘jatuh’, langkah Azmin, Zuraida jadi tumpuan


Sebaran :

Leave a Reply

%d bloggers like this: