Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini

Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini. Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini  dijangka membincangkan isu pelantikan perdana menteri dan pembentukan Kabinet baharu.

Mesyuarat itu dilihat sebagai proses akhir sebelum Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menentukan pemimpin politik yang benar-benar layak dilantik sebagai perdana menteri kesembilan.

Dilaporkan, Seri Paduka dijangka mendedahkan calon berkenaan daripada pelbagai parti politik selepas proses undian semua ahli Parlimen dilakukan dengan menyerahkan surat akuan kepada Istana Negara mengenai calon ketua kerajaan yang disokong mereka.

Semalam, Seri Paduka berkenan menerima menghadap ahli Parlimen dari parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) yang dikatakan menyokong Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk dilantik sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka menyembah maklum secara lisan melalui kaedah fizikal dan secara dalam talian dalam waktu berlainan dan sesi itu selesai kira-kira pukul 4 petang semalam.

Pun begitu, pihak pembangkang dilaporkan tidak mendapat jemputan sama selepas tamat proses undian semua ahli Parlimen, Rabu lalu untuk menyatakan calon Perdana Menteri pilihan yang dihantar melalui emel ke Istana Negara.

Memetik kenyataan Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof semalam, beliau berkata, pertemuan 114 ahli Parlimen kerajaan bersama Seri Paduka untuk memastikan mereka tidak menyokong Ismail Sabri semasa di bawah tekanan sekali gus mengesahkan kandungan surat akuan tersebut.

Untuk rekod, Ismail Sabri didakwa mendapat sokongan majoriti seramai 114 ahli Parlimen berbanding Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat 105 sokongan wakil rakyat.

Muhyiddin dan seluruh Kabinet baru-baru ini telah menyembah maklum surat peletakan jawatan kepada Seri Paduka selepas 15 ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  kemudian dilantik sebagai ketua kerajaan sementara atau caretaker sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Situasi itu menyaksikan sejarah peletakan jawatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan dilantik sebagai perdana menteri sementara berulang sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah menjadi ketua kerajaan baharu, Mac tahun lalu.

Proses akhir pilih PM, Majlis Raja-Raja Melayu bersidang hari ini


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker