Fasiliti serba lengkap, jadi kelebihan ambulance ditawarkan Smart AT

SYAHIDI BAKAR

PEGAWAI dan anggota Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM bergambar bersama salah satu unit Ambulance Smart AT yang diterima hari ini.

KUALITI peralatan ambulance serba moden serta lengkap dengan fasiliti pra rawatan awal pesakit COVID-19, menjadi antara kelebihan yang ditawar Smart AT Sdn. Bhd. salah satu syarikat penyedia perkhidmatan kesihatan tempatan.

Pengarah Urusannya, Shuhaimi Harun berkata, kemudahan ambulance dilengkapi teknologi dan fasiliti terkini seperti sistem dual saringan udara yang direka khas bagi mengangkut pesakit yang bergejala seperti Corona Virus, Ebola dan lain-lain penyakit berjangkit.



Katanya, hasil penggunaan peralatan dilengkapi teknologi pengasingan udara yang telah terbukti berkesan dab selamat diguna, akan memberikan kelebihan kepada pelanggan yang menggunakan ambulance pintar disediakan Smart AT sebagai pengedar tunggal di Malaysia ketika ini.

“Kemudahan peralatan kesihatan dan teknologi rawatan serba moden yang menepati piawaian antarabangsa European Standards (EN1789) ini amat bersesuaian untuk kegunaan semasa yang didepani penularan pendamik COVID-19.

“Harga ditawarkan sangat kompetitif dan dilihat berbaloi untuk wang dibelanjakan dengan fasiliti peralatan sedia ada serba lengkap dalam setiap unit Infection Ambulance ini berharga RM468,000 sahaja kos keseluruhan,” katanya ketika ditemui di Kementerian Pertahanan (MINDEF), hari ini.

SIMBOLIK penyerahan dua unit Ambulance Smart AT kepada Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM diwakili Ketua Pengarahnya Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli (tiga dari kanan). Turut kelihatan, Shuhaimi Harun (kanan)



Serahan dua unit Ambulance Smart AT kepada
Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM,
Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli Mat Jusoh
di Pejabat Bahagian Perkhidmatan Kesihatan.

Penyerahan unit ambulances biasa dan infection ambulance menjadikan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM, agensi pertama mengguna pakai pengangkutan ambulance tercanggih Mercedes Benz model Sprinter 316 CDI.

Model Infection Ambulance Smart AT ini jelas Shuhaimi, turut dilengkapi oleh EMS Guard Filters khas untuk kurangkan risiko penyebaran udara tercemar di luar dengan keupayaan fungsinya meneutralkan udara di sekitar.

“Selain itu, peralatan berteknologi seperti sistem penyejukan dan pemanasan dilindungi daripada bakteria dan anti virus hasil penggunaan sistem penapis HEPA,” jelasnya.



Sementara itu, bagi Leftenan Jeneral Dato’ (Dr) Zulkeffeli, perolehan dua unit Ambulance Smart AT itu menepati keperluan penggunaan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM buat masa ini.

Beliau turut menzahirkan hasrat supaya syarikat pengedar ambulance itu memberi perkhidmatan selepas jualan pada tahap yang terbaik sebagai salah satu inisiatif membina keyakinan pembeli terhadap produk dan perkhidmatan disediakan.

“Pembelian ambulance ketika darurat ini adalah berdasarkan kepada keperluan kegunaannya dan diharap pihak Smart AT Sdn. Bhd. dapat memberi perkhidmatan tambahan secara kondusif seperti kemudaham senggaraan atau alat ganti sebagai satu inisiatif untuk kepentingan negara,” ujarnya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker