Sokongan bersyarat PN pada Ismail tak sah

Sokongan bersyarat PN pada Ismail tak sah, kata Ambiga

Sokongan bersyarat Perikatan Nasional (PN) kepada Ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob untuk dilantik sebagai perdana menteri tidak boleh dianggap sah, kata peguam Ambiga Sreenevasan.

Sebaliknya, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata sokongan ahli parlimen untuk perdana menteri mesti dilakukan tanpa syarat.



“Sokongan bersyarat oleh (PN) tidak boleh dikira sebagai sokongan […] Bagaimana kerajaan boleh stabil jika syarat untuk mendapat sokongan tidak dipenuhi?” katanya dalam satu siri catatan di Twitter hari ini.

Dia juga berkongsi ciapan dari netizen lain yang menunjukkan surat Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun yang menjelaskan syarat ditetapkan Istana Negara berhubung bentuk surat yang perlu ditulis ahli-ahli parlimen.

Antara lain, Item 4 (c) surat tersebut meminta ahli parlimen menyatakan identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Ambiga mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin hari ini bahawa sokongan daripada 50 anggota parlimen gabungan itu kepada calon perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob adalah bersyarat .



Muhyiddin berkata naib presiden Umno itu mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

Selain itu Muhyiddin berkata Ismail juga mesti meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan

Sementara itu, beberapa anggota parlimen juga sependapat dengan Ambiga.



Antaranya Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, yang mendakwa PN membohongi Yang di-Pertuan Agong berhubung sokongan mereka terhadap Ismail.

Jelas Mahfuz, sekiranya Ismail terpilih sebagai perdana menteri dan kerajaan yang bakal dibentuk dalam suasana tidak stabil dan aman, kemelut politik Malaysia akan kembali berulang.

“Oleh itu, satu proses baru perlu dicari oleh YDPA bagi menjamin PM (perdana menteri) yang dilantik nanti adalah daripada seorang yang tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang berlaku dan tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata sokongan ahli parlimen untuk calon perdana menteri mestilah muktamad dan konklusif.



Katanya, dalam undang undang kontrak, jika ada mana-mana klausa yang mengandungi kata-kata seperti “tertakluk kepada”, ia sebuah kontrak yang belum lagi bersifat muktamad dan tidak boleh dikuatkuasakan secara sah.

Oleh itu katanya, kehendak Yang di-Pertuan Agong bukan sahaja betul dari segi undang-undang dan Perlembagaan, tetapi ia juga amat logik.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




“Bagaimanakah Yang Dipertuan Agong boleh melaksanakan tugas dan fungsi perlembagaannya seandainya sesuatu sokongan itu mengandung unsur-unsur tidak jelas seperti ia sokongan bersyarat dan tidak muktamad seperti boleh dilihat dalam kenyataan media rasmi Mahiaddin.

“Dalam konteks parti politik dan sistem whip yang diamalkan sekarang, sokongan para Ahli Parlimen itu tidak boleh lari dari arahan pemimpin tertingginya.

“Dalam konteks kes ini, kenyataan media YB Mahiadin sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu dan Perikatan Nasional itu sudah tentu mengikat paling kurang seluruh Ahli Parlimen Bersatu, jika pun diandaikan tidak mengikat para Ahli Parlimen parti-parti lain dalam Perikatan Nasional, ”katanya dalam kenyataan. Mk

Sokongan bersyarat PN pada Ismail tak sah



Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker