Sokongan bersyarat undang risiko kerajaan tak stabil – Hamidah

Sebaran :

Sokongan bersyarat undang risiko kerajaan tak stabil – Hamidah

KERAJAAN baharu yang bakal ditubuhkan kelak perlu berteraskan sokongan jitu dan menyeluruh dari semua Ahli Parlimen dan parti politik.

Sokongan itu, menurut Naib Presiden PUTRA, Datuk Hamidah Osman, boleh dizahirkan melalui surat akuan (SD) dan disusuli dengan pengesahan secara langsung ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong dan bukannya tertakluk kepada sokongan bersyarat.

Hamidah secara terus terang melahirkan rasa kesalnya dengan kenyataan, parti-parti Perikatan Nasional (PN) menyokong Datuk Seri Ismail Sabri dengan syarat-syarat tertentu.

“Biarpun beliau menggariskan ketelusan dan integriti pentadbiran sebagai syarat yang dimaksudkan namun sudah pasti wujud ‘syarat-syarat’ yang dikenakan di belakang tabir demi perkongsian kuasa dan kepentingan politik,” kata Hamidah dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Hamidah lagi, senario yang berlaku itu adalah bertentangan dengan aspirasi Tuanku Agong bagi membentuk sebuah kerajaan sementara yang kukuh dan stabil, tidak tergugat dengan permainan nombor seperti yang berlaku sebelum ini.

“Malah, di dalam surat Speaker Dewan Rakyat kepada semua Ahli Parlimen yang memohon mereka menyatakan pendirian melalui surat akuan, antara kriteria utama adalah sokongan yang dizahirkan kepada calon pilihan perlulah tanpa syarat.

“Saya bimbang kerakusan kuasa sesetengah pihak mungkin akan terus menggoyah kerajaan baharu dan membendung usaha pemulihan negara dari impak sosio ekonomi dan pandemik Covid-19,” katanya.

Tambah beliau, penubuhan Majlis Gerakan Nasional (MAGERAN) atau Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai badan bebas bagi menguruskan pentadbiran negara untuk tempoh interim adalah solusi terbaik di dalam situasi ini.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


“Saya berpendapat MAGERAN atau MPN boleh dipengerusikan tokoh kepimpinan negara yang diperkenankan Tuanku Agong.

“Dan sebaik-baiknya tokoh itu adalah individu yang mempunyai pengalaman pentadbiran luas, dihormati dan diterima semua pihak serta tiada cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri melalui PRU15 kelak.

“Ini adalah langkah sementara sehingga PRU15 diadakan bagi penubuhan kerajaan yang demokratik berparlimen selanjutnya mengikut peruntukan Perlembagaan,” ujar beliau.

Sekiranya MAGERAN atau MPN terpaksa dilaksanakan, pihak berkenaan mesti mengusahakan membina semula permuafakatan politik nasional demi kestabilan politik jangka panjang negara, kata Hamidah.

Beliau menzahirkan keyakinan bahawa Tuanku Agong dapat menyelesaikan segala kemelut pentadbiran negara berdasarkan kearifan dan lunas perlembagaan negara. SM

Sokongan bersyarat undang risiko kerajaan tak stabil – Hamidah

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?


Sebaran :

Leave a Reply