Ismail Sabri semakin hampir jadi PM ke-9

Sebaran :

Ismail Sabri semakin hampir jadi PM ke-9. Teka-teki mengenai bakal Perdana Menteri ke-9 hampir terjawab apabila Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan antara Ahli Parlimen yang mempunyai majoriti untuk dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara.

Situasi itu semakin bertiup kencang selepas 114 Ahli Parlimen yang dikatakan menyokong bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam.

Ahli Parlimen Barisan Nasio­nal (BN), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) berbuat demikian bermula pukul 10 pagi.

Difahamkan, kehadiran Ahli-ahli Parlimen pro-Perikatan Nasional (PN) itu bagi mengesahkan akuan bersumpah (SD) berhubung sokongan mereka terhadap calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap itu berlangsung dalam lima sesi mengikut parti dan dikatakan berakhir pada pukul 5 petang.

Sebelum itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan seramai 114 Ahli Parlimen menghadap Al-Sultan Abdullah bagi menyatakan sokongan mereka kepada Ismail Sabri.

Dengan sokongan 114 Ahli Parlimen itu dan perspektif demokrasi berparlimen, Ahli parlimen Bera tersebut dengan mudah sudah mendapatkan soko­ngan majoriti.

“Kini terserah kepada kebijaksanaan dan kearifan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik Perdana Menteri ke-9.

“Al-Sultan Abdullah mahu memastikan setiap Ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri tanpa paksaan atau secara sukarela.

“Itulah merupakan antara intipati pertemuan pada sesi menghadap Ahli Parlimen termasuk saya bersama Yang di-Pertuan Agong. Ini merupakan pengalaman penting bagi saya dan Ahli Parlimen lain yang menyokong Ismail Sabri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas sesi menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara semalam

Ismail Sabri semakin hampir jadi PM ke-9


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dakwa difitnah bawa ‘Alat Perang Seks’, Tauke Jambu bakal saman


Sebaran :

Leave a Reply