Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa

Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa. Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Dr Mahathir Mohamad berkata pihaknya sedia mempertimbangkan sekiranya ada pelawaan daripada Perikatan Nasional (PN) untuk menyertai kabinet di bawah gabungan itu.

“Kita akan fikir,” kata Mahathir dalam program bual bicara terbitan Bernama, sebentar tadi.

Terdahulu, Mahathir ditanya apakah bekas perdana menteri itu atau kalangan pemimpin Pejuang akan menyertai kabinet PN sekiranya dijemput untuk menyertai mereka, yang mana terdapat kumpulan dalam Umno yang digelar ‘kleptokrat’.

Ketika ditanya sama ada ahli parlimen Langkawi itu akan menyertai Pakatan Harapan (PH) jika gabungan itu dapat membentuk kerajaan, Mahathir tidak menjawab soalan tersebut.

Sebaliknya, bekas perdana menteri itu berkata dia tidak berminat dengan kedudukan dalam kabinet dan hanya mahu menangani peningkatan kes Covid-19.

“Saya tak berminat dengan kabinet, saya cuma nak dapatkan kuasa untuk tangani masalah Covid-19,” katanya ringkas.

Pada April lalu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainuddin berkata gabungan itu sedia menerima sesiapa sahaja termasuk Dr Mahathir asalkan mengikuti perlembagaannya.

Ini selepas Mahathir berkata dia “mungkin” mempertimbang untuk menyertai PN jika tiada ‘penjenayah’ dalam kerajaan ketika itu.

Isnin lalu, Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri setelah 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan terhadapnya.

Setakat ini, persaingan untuk merebut jawatan perdana menteri dipercayai melibatkan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson).

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong hari ini menitahkan agar kesemua 220 ahli parlimen menghantar nama calon perdana menteri secara bertulis sebelum jam 4 petang.

Ahli Parlimen dari Umno dan Bersatu menyatakan parti itu akan menyokong Ismail, manakala Pakatan Harapan dan sekutunya mendakwa Anwar mempunyai 105 sokongan ahli parlimen.

Bagaimanapun, sebelum ini seorang anggota parlimen dari GPS berkata mereka secara prinsip telah bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri – memberikan naib presiden Umno itu cukup sokongan untuk membentuk kerajaan.

Namun, tanda tanya mula timbul apabila Pengerusi GPS, Abang Johari Openg mengeluarkan kenyataan kepada media bahawa mereka akan menyerahkan perkara berkenaan kepada “kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong”.

Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri.

Seorang calon perdana menteri memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 111 ahli parlimen untuk membentuk majoriti mudah.

Menurut Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan agar perdana menteri yang baru masih perlu membuktikan majoriti diperolehinya secepat mungkin di Dewan Rakyat.

Mahathir mahu sertai kerajaan baru jika dipelawa


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kekal jadi kerisauan jika calon PM ke-9 tidak dapat majoriti besar – Kolonel Bersekutu

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker