Banjir Yan: 3 maut, 3 masih hilang

Banjir Yan: 3 maut, 3 masih hilang

YAN: Tiga mangsa ditemui maut di beberapa lokasi di sekitar kawasan Gunung Jerai di Yan, yang dilanda banjir susulan fenomena kepala air pada petang Rabu.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata setakat operasi pada 1 pagi tadi, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang di satu kawasan di Titi Hayun.



“Ketiga-tiga mangsa (yang maut) adalah lelaki, dengan satu mangsa ditemukan di tanah runtuh jalan naik ke Gunung Jerai dan dikenal pasti sebagai Shahruzi Mohamad, berumur 53 tahun.

“Jenazah sudah diturunkan dan operasi (mencari dan menyelamat) akan disambung lagi kemudian,” katanya menerusi aplikasi Whatsapp awal pagi ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat akan bersambung semula pagi ini.

Beliau menafikan dakwaan yang tular di laman sosial, mengatakan banjir melibatkan beberapa kawasan kampung dan taman perumahan di kawasan Gunung Jerai di Yan disebabkan aktiviti pembalakan.



Kebanyakan rumah penduduk di Yan rosak akibat dinaiki air selain terdapat jambatan yang musnah manakala jalan raya rosak teruk.
Beliau berkata kejadian banjir itu sebaliknya disebabkan oleh fenomena kepala air, yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai.

Sementara itu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) sedang menguruskan bantuan segera berupa keperluan makanan dan barangan lain kepada penduduk terjejas.

Sanusi berkata bagi memudahkan urusan pengagihan bantuan dilakukan, penduduk terbabit disaran menghubungi pusat itu di daerah terlibat agar ia dapat segera disalurkan kepada mereka.

Beliau berkata, bilik gerakan telah diaktifkan dan boleh dihubungi melalui talian 04-702 8799.



Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, antara lokasi terlibat banjir selepas kejadian kepala air itu ialah kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai iaitu Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kampung Acheh dan Kampung Setoi. FMT

Banjir Yan: 3 maut, 3 masih hilang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Saya tak perlu letak jawatan – Pengerusi Mara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker