Mohon maaf warga KL, kuliah Ahad ini batal – Ustaz Azhar

Kuliah Maghrib Perdana oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini terpaksa dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan menerusi akaun Instagram @uaioriginal yang menjelaskan pembatalan itu adalah kerana atas arahan pihak tertentu.

“Dukacita dimaklumkan bahawa Kuliah Maghrib Perdana Ustaz Azhar Idrus akan diadakan di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, Ahad ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.



“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya.

Sebelum ini, sudah beberapa kali kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan berlangsung di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pernah dibatalkan atas faktor tiada pentauliahan daripada Jabatan Agama Islam.

Antara yang dibatalkan adalah Kuliah Maghrib Perdana yang dijadualkan berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong pada 26 Februari lalu

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang



Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)

Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander



Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker