Dakwa difitnah bawa ‘Alat Perang Seks’, Tauke Jambu bakal saman

Dakwa difitnah bawa ‘Alat Perang Seks’, Tauke Jambu bakal saman. Pelawak tanah air, Tauke Jambu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menyebarkan fitnah berkaitan nama baiknya yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks, baru-baru ini.

Menerusi entri Instagram, dia menjelaskan perkara tersebut di Instastorynya sementelah peguamnya sedang mengumpul setiap bukti berunsur fitnah dan berita palsu yang mengaibkan namanya.

“Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.



“Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai,” tulisnya.

Mengulas lanjut, Tauke berharap tindakan undang-undang yang akan diambil tersebut dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial terutama berkaitan dengan dirinya.

“Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma di kalangan masyarakat kini,” jelasnya menerusi Instastory.

Dalam kenyataan sebelum ini, pelawak itu menafikan dakwaan yang tular mengatakan dia membawa peralatan seks seperti yang dikaitkan dalam kes pada 1 Ogos lalu.



Menurutnya, dia hanya membawa buah tangan berupa petai dan rambutan gading sahaja untuk diberikan kepada isterinya.

Dakwa difitnah bawa ‘Alat Perang Seks’, Tauke Jambu bakal saman


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ismail Sabri PM, Anwar TPM?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker