Iran tarik nafas lega, Torabi dapat visa baharu
Iran tarik nafas lega, Torabi dapat visa baharu

Tijuana, Mexico: Penyerang Iran, Mehdi Torabi menerima visa Amerika Syarikat (AS) baharu yang membolehkannya beraksi sepanjang baki kempen Piala Dunia, menurut seorang pegawai pasukan.
Torabi yang hanya berada di bangku simpanan ketika Iran seri 2-2 menentang New Zealand pada aksi pertama sebelum ini, pada asalnya hanya diberikan kebenaran memasuki AS sekali sahaja.
Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kem Iran kerana pemain berkenaan berisiko tidak dapat kembali ke negara itu bagi menghadapi Belgium awal pagi Isnin ini.
“Susulan usaha Persekutuan Bolasepak Iran dan penyelarasan bersama FIFA, pemain itu menerima visa kemasukan berbilang baharu hari ini,” kata pegawai pasukan berkenaan.
“Dengan visa ini, Torabi tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk terus bersama skuad kebangsaan Iran pada perlawanan akan datang dan boleh bersama pasukan sepanjang baki kejohanan”.
Iran akan menamatkan saingan Kumpulan G dengan menentang Mesir di Seattle pada 26 Jun.
Isu visa menjadi cabaran yang dihadapi skuad Team Melli menjelang dan sepanjang kejohanan.
Penyertaan Iran dalam Piala Dunia sebelum ini turut menjadi tanda tanya selepas AS dan Israel melancarkan kempen pengeboman terhadap Iran pada hujung Februari lalu.
Tehran kemudian bertindak balas dengan menyasarkan kepentingan sekutu AS di rantau itu selain menutup Selat Hormuz, laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 20 peratus penghantaran minyak dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keikhlasan Dipersoal, Ada Agenda Tersembunyi Pelawaan Terbuka Pada MB – Haslinda Salleh
- Martabat Undang Tercalar, Pemuda UMNO Desak Hormati Adat Negeri Sembilan
- Disiplin Organisasi, Komitmen Jentera Kunci Kejayaan BN Hadapi PRN – Rosni
BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan
Perancangan awal untuk menjadikan Arizona sebagai kem latihan pasukan juga terpaksa dibatalkan pada saat akhir.
Sebagai ganti, Iran menubuhkan kem pangkalan baharu di Tijuana, Mexico.
Pada masa sama, pihak berkuasa AS dilaporkan menolak permohonan visa lebih sedozen kakitangan sokongan pasukan, menyebabkan mereka tidak dapat menghadiri perlawanan.
Iran tarik nafas lega, Torabi dapat visa baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerjasama Politik Tuntut Sikap Menghormati, Bukannya Tonjol Dominasi – Armand
- PRN Johor: Jangan Pertaruh Masa Depan Johor… Kekalkan Kestabilan, Kemajuan
- Taklimat Ketua PDM Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera – Pemuda UMNO Tambun
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan
You must be logged in to post a comment.