Aaron-Aaron bukan gandingan ‘cuba-cuba’

Gandingan baharu membabitkan juara dunia 2022, Aaron Chia

Aaron-Aaron bukan gandingan 'cuba-cuba'
REXY ketika ditemui media selepas sesi llatihan pasukan negara di Akedemi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini. FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Kuala Lumpur: Gandingan baharu membabitkan juara dunia 2022, Aaron Chia bersama pemain muda berbakat, Aaron Tai bukan sekadar percaturan sementara, sebaliknya dilihat sebagai antara calon utama yang mampu menggalas cabaran Malaysia dalam misi memburu pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Pengarah Kejurulatihan Beregu Kebangsaan, Rexy Mainaky menegaskan setiap pasangan baharu yang dibentuk menerusi rombakan besar skuad beregu lelaki negara mempunyai peluang sama rata untuk membuktikan mereka layak menjadi sandaran Malaysia pada temasya sukan terbesar dunia itu.

Menurut Rexy, kombinasi Aaron Chia-Aaron Tai yang bakal memulakan cabaran dalam beberapa kejohanan akan datang bukan dibentuk untuk tempoh singkat semata-mata, sebaliknya sedang dinilai sebagai prospek jangka panjang menjelang LA28.

“Bagi saya, semua gandingan yang dibentuk sekarang memang mempunyai sasaran ke Olimpik. Bayangkan jika Aaron Tai dan Aaron Chia tiba-tiba muncul juara Terbuka China, kenapa tidak?


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop

“Kita perlu sentiasa membuka ruang kepada segala kemungkinan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Beliau berkata, setiap pemain perlu melihat perubahan pasangan sebagai peluang keemasan untuk melonjakkan karier dan bukannya menganggap ia sekadar eksperimen oleh barisan kejurulatihan.

“Mentaliti mereka perlu betul. Apabila pasangan dipecahkan, jangan fikir ini hanya percubaan sementara. Mereka perlu melihatnya sebagai peluang untuk mengejar impian memenangi pingat emas Olimpik. Itu yang perlu ada dalam fikiran setiap pemain,” katanya.

Menurut Rexy, BAM mengambil keputusan melakukan rombakan lebih awal kerana tidak mahu menunggu sehingga musim depan sebelum perlumbaan mengumpul mata kelayakan Olimpik bermula.

Katanya, tempoh beberapa bulan akan datang amat penting untuk menilai keberkesanan setiap kombinasi sebelum proses kelayakan ke Los Angeles bermula pada April tahun depan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

“Inilah masa yang paling sesuai. Jangan tunggu sehingga 2027. Kita masih mempunyai lima atau enam kejohanan lagi tahun ini, selain beberapa kejohanan pada awal tahun depan sebelum April.

“Jadi masih ada ruang dan masa untuk kita menilai pasangan mana yang benar-benar mampu memberikan hasil,” katanya.

Rexy turut mengingatkan pemain supaya tidak menjadikan pertukaran pasangan sebagai alasan sekiranya gagal mencapai keputusan yang diharapkan.

“Kalau tidak berjaya, jangan salahkan pertukaran pasangan. Pemain bertaraf dunia tidak berfikiran begitu.

“Mereka perlu mempunyai keyakinan dan motivasi bahawa mereka juga boleh berjaya bersama pasangan baharu,” katanya.

Selain Aaron Chia-Aaron Tai, BAM turut memperkenalkan beberapa kombinasi baharu lain bagi menghadapi siri kejohanan antarabangsa akan datang termasuk Man Wei Chong-Soh Wooi Yik, Tee Kai Wun-Yap Roy King serta Wan Arif Wan Junaidi-Kang Khai Xing.

Bagi saingan Terbuka Jepun pula, Wooi Yik akan digandingkan bersama Wei Chong, manakala Aaron Tai bakal bergandingan dengan Khai Xing dan Wan Arif dipasangkan bersama Roy King.

Rexy menjelaskan langkah berani itu adalah sebahagian daripada pelan besar BAM untuk memperluaskan pilihan pemain berkualiti dan membentuk lebih banyak gandingan kompetitif menjelang LA28.

“Kita bukan sekadar mahu bercakap mengenai pingat. Apa yang lebih penting adalah mencari formula terbaik untuk memecahkan kebuntuan dan akhirnya menghadiahkan pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia,” katanya.

Aaron-Aaron bukan gandingan ‘cuba-cuba’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker