200 pencipta kandungan, pempengaruh tak dibayar selepas buat tugasan, tunggakan cecah RM543,000

200 pencipta kandungan, pempengaruh tak dibayar selepas buat tugasan, tunggakan cecah RM543,000

200 pencipta kandungan, pempengaruh tak dibayar selepas buat tugasan, tunggakan cecah RM543,000
Foto hiasan.

KUALA LUMPUR: Lebih 200 pencipta kandungan dan pempengaruh mendakwa kerugian apabila sebuah platform aplikasi pemasaran didakwa gagal menjelaskan bayaran tertunggak dianggarkan mencecah RM543,000.

Mangsa yang juga pencipta kandungan, Ng Yeen Theng, 31, mendakwa mula menyertai platform itu selepas mengetahuinya melalui Instagram pada Jun 2025.

Katanya, dia kemudian melaksanakan tugasan pemasaran media sosial melibatkan beberapa pelanggan termasuk jenama produk makanan, kedai serbaneka, platform perkhidmatan digital dan perkhidmatan penghantaran barangan.

“Saya menyiapkan kira-kira 20 tugasan dengan anggaran pendapatan RM10,074.08.

“Namun semua permohonan pengeluaran hanya menunjukkan status diproses dan saya belum terima sebarang bayaran sehingga kini,” katanya pada sidang media di Wisma MCA hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop

Yeen Theng berkata, dia yang menggunakan wang sendiri untuk pembelian barangan bagi tujuan tugasan, percaya ia satu bentuk penipuan pekerjaan dalam talian.

Pencipta kandungan, Gg Unnie, 34, pula mendakwa menggunakan platform berkenaan sejak 2022 sebagai pencipta kandungan sepenuh masa.

Pada peringkat awal, katanya bayaran diterima setiap tiga bulan, namun mula mengalami kelewatan sejak hujung 2024 dan kini sudah lebih setahun tidak dibayar.

“Dalam tempoh itu, saya terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan tugasan dan memastikan kerja dapat diteruskan.

“Jumlah tunggakan dijanjikan hingga kini mencecah RM19,000,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Ketua Biro Undang-Undang MCA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Victor Teoh berkata pihaknya menerima beberapa aduan berkaitan isu bayaran tertunggak membabitkan platform berkenaan dan kini ia sedang diteliti.

Katanya, platform itu berfungsi sebagai orang tengah antara pelbagai jenama terkenal dan pencipta kandungan bagi membantu perniagaan mempromosikan produk serta perkhidmatan.

“Kini, ramai pencipta kandungan di Malaysia mendakwa platform berkenaan kerap melengah-lengahkan pembayaran atau gagal menjelaskan bayaran bagi projek yang disiapkan.

“Sebahagian mereka turut membentuk kumpulan WhatsApp bagi membincangkan usaha mendapatkan semula bayaran tertunggak.

“Bagaimanapun, usaha menghubungi pihak pengurusan syarikat melalui telefon, e-mel dan mesej didakwa tidak mendapat sebarang maklum balas,” katanya.

Dianggarkan lebih 200 pencipta kandungan di Malaysia terkesan dengan isu ini, dengan jumlah keseluruhan tertunggak mencecah kira-kira RM543,000.

“Mangsa terlibat merayu pihak platform dan pengiklan memberi perhatian serta memberikan maklum balas konstruktif berhubung bayaran yang belum dijelaskan,” katanya.

200 pencipta kandungan, pempengaruh tak dibayar selepas buat tugasan, tunggakan cecah RM543,000


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker