KHM utamakan kualiti berbanding kuantiti bagi MJHL, perkenal playoff

KHM utamakan kualiti berbanding kuantiti bagi MJHL, perkenal playoff

KHM utamakan kualiti berbanding kuantiti bagi MJHL, perkenal playoff
SENARAI pasukan bakal bertandin di Divisyen 1 MJHL. FOTO KHM

Kuala Lumpur: Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memilih untuk mengutamakan kualiti berbanding kuantiti apabila memperkenalkan pusingan kelayakan menjelang saingan Liga Hoki Remaja Malaysia (MJHL) 2026 yang akan berlangsung dari 17 Jun hingga 19 Julai ini.

Langkah itu dibuat bagi memastikan setiap pasukan bertanding benar-benar mampu memberikan saingan kompetitif, sekali gus meningkatkan standard kejohanan pembangunan paling berprestij negara itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, pendekatan baharu itu diterapkan khususnya dalam Divisyen 2 lelaki dan Divisyen Wanita menerusi pelaksanaan pusingan playoff sebelum saingan sebenar bermula.

“Playoff berlangsung dari 9 hingga 16 Jun membabitkan pasukan yang berada di kedudukan tercorot musim lalu serta pasukan baharu yang mahu menyertai liga musim ini.

“Kita tidak melihat kepada jumlah pasukan semata-mata, tetapi lebih penting adalah kualiti pasukan yang beraksi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop

“Kita tidak mahu ada pasukan kehilangan motivasi selepas tewas dengan jaringan besar seperti berlaku sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata, KHM mahu memastikan setiap perlawanan memberikan cabaran seimbang kepada pemain muda yang sedang melalui proses pembangunan sebelum melangkah ke peringkat lebih tinggi.

Dalam saingan Divisyen 1 musim ini, sembilan pasukan akan bersaing memburu kejuaraan termasuk dua muka baharu iaitu SSTMI Junior dan Negeri Sembilan yang berjaya meraih promosi ke liga utama.

Mereka akan cuba menggugat dominasi SSTMI Thunderbolts yang muncul juara musim lalu dan sekali lagi dilihat sebagai antara pencabar utama musim ini.

Sementara itu, Divisyen 2 menyaksikan penyertaan 24 pasukan yang dibahagikan kepada dua zon dengan 16 pasukan beraksi dalam Kumpulan Central dan lapan lagi dalam Kumpulan Utara.​


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Bagi kategori wanita pula, sebanyak 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran musim ini.

Turut mencuri perhatian ialah kehadiran dua pasukan yang tersingkir dari Divisyen 1 musim lalu iaitu MSNS/PHS/SSMS dari Sabah yang akan beraksi di Kumpulan Utara serta Akademi Hoki MBPJ yang ditempatkan dalam Kumpulan Central.

Dalam usaha memastikan perjalanan kejohanan berjalan lancar, MHC turut melantik seramai 44 pegawai teknikal dan 35 pengadil untuk mengendalikan keseluruhan pertandingan.

Sebanyak 10 venue di seluruh negara akan digunakan bagi saingan musim ini termasuk Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Stadium Hoki TNB Uniten dan Stadium Hoki UniKL Bangi sebagai lokasi utama di Lembah Klang.

Turut menjadi gelanggang pertandingan ialah Stadium Hoki Wisma Belia Kuantan, Stadium Hoki Seremban 2, Stadium Hoki Bertam di Pulau Pinang, Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di Ipoh dan Stadium MBMB Bukit Serindit di Melaka.

Dua lagi venue yang melengkapkan kalendar MJHL 2026 adalah Padang Hoki SDBL Johor dan Pahang Hockey SSTMI di Johor.

Dengan format lebih kompetitif serta penekanan terhadap kualiti pasukan, MHC berharap MJHL musim ini mampu menjadi platform terbaik melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti untuk mengisi skuad kebangsaan pada masa depan.

KHM utamakan kualiti berbanding kuantiti bagi MJHL, perkenal playoff

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

 

 

 

 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker