PGA 8 rampas 8,800 kain batik bernilai RM1.76 juta di Pengkalan Kubor, disyaki diseludup

PGA 8 rampas 8,800 kain batik bernilai RM1.76 juta di Pengkalan Kubor, disyaki diseludup

PGA 8 rampas 8,800 kain batik bernilai RM1.76 juta di Pengkalan Kubor, disyaki diseludup
Beberapa bungkusan mengandungi 8,800 helai kain batik seludup dari Thailand ditemukan dalam sebuah lori di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor. – Foto ihsan PGA

TUMPAT: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA 8) di sini, merampas 8,800 helai kain batik disyaki seludup yang dianggarkan bernilai RM1.76 juta di Kampung Simpangan, Pengkalan Kubor, di sini, pagi tadi.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, kejayaan itu hasil daripada penahanan ke atas sebuah lori yang disyaki membawa barangan berkenaan selepas memindahkannya daripada sebuah perahu.

Katanya, pemantauan dilakukan menerusi dron di pangkalan haram Nibong jam 7.30 pagi tadi mendapati ketika lori terbabit memasuki kawasan pangkalan haram itu, sebuah perahu dengan muatan sejumlah guni dari Thailand dalam masa sama turut menuju ke situ.

“Berapa lelaki kemudiannya dilihat memunggah guni-guni itu dari perahu ke bahagian belakang lori terbabit. Sebaik selesai, kenderaan itu bergerak keluar dari pangkalan haram ke arah Kampung Simpangan dalam keadaan mencurigakan.

“Pasukan kami kemudian menghampiri lori itu dan mengarahkan pemandunya memberhentikannya sebelum pemeriksaan di bahagian belakang menjumpai guni-guni biru dan putih.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop

“Sebanyak 8,800 helai kain batik dipercayai diseludup dari Thailand ditemui dengan nilai anggaran RM1.76 juta,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Ahmad Radzi berkata siasatan lanjut mendapat pemandu lori berusia 32 tahun itu menerima upah sebanyak RM50 dari seorang lelaki untuk menghantar kain batik terbabit ke sebuah rumah di kawasan Pasir Tumboh, Kota Bharu, dekat sini.

Katanya, ia dipasarkan sebagai kain batik bermutu tinggi Terengganu namun tidak tahu ke mana akan dihantar.

“Kain batik itu diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pengkalan Kubor untuk siasatan mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” katanya.

PGA 8 rampas 8,800 kain batik bernilai RM1.76 juta di Pengkalan Kubor, disyaki diseludup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker