Sudah 4 kali lepas, pelajar IPTS ‘transporter’ bunga ganja RM1.17 juta ditahan dalam percubaan kelima

Sudah 4 kali lepas, pelajar IPTS ‘transporter’ bunga ganja RM1.17 juta ditahan dalam percubaan kelima

Sudah 4 kali lepas, pelajar IPTS 'transporter' bunga ganja RM1.17 juta ditahan dalam percubaan kelima
Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin menunjukkan bungkusan plastik hitam yang mengandungi bunga ganja bernilai RM1.17 juta yang dirampas semalam. – Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

ALOR SETAR: Seorang pelajar lelaki sebuah institut pengajian tinggi swasta (IPTS) sanggup menjadi ‘transporter’ untuk membawa masuk 14.63 kilogram (kg) bunga ganja bernilai RM1.17 juta dari negara jiran sebelum dicekup polis, Isnin lalu.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin, berkata suspek berusia 24 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam.

Dalam operasi itu, suspek ditahan ketika menaiki sebuah pikap dan pemeriksaan lanjut menemui 13 bungkusan plastik hitam yang disyaki dadah jenis bunga ganja.

“Anggaran berat keseluruhan bunga ganja itu 14,630.76 gram yang disorok di bahagian tempat duduk belakang kenderaan itu.

“Pemeriksaan lanjut mendapati, suspek yang berasal dari Rawang, Selangor didapati positif dadah jenis ganja namun dia tidak mempunyai rekod jenayah sebelum ini, ” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Tampin Perkemas Gerak Kerja Jentera Hadapi PRN Negeri Sembilan

Sudah 4 kali lepas, pelajar IPTS 'transporter' bunga ganja RM1.17 juta ditahan dalam percubaan kelima
Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Komisioner Baderulhisham Baharudin menunjukkan ruang yang ditemui bungkusan plastik hitam yang mengandungi bunga ganja bernilai RM1.17 juta yang dirampas. – Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

Rampasan itu mampu membekalkan dadah kepada 73,150 orang penagih.

Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai berperanan sebagai penghantar (transporter) bagi sindiket penyeludupan dari negara jiran di Dannok, Thailand sebelum dihantar ke beberapa tempat di negara ini.

Menurutnya, suspek mendakwa mula terbabit dalam aktiviti dadah itu pada 25 Mei lalu selepas diperkenalkan oleh seorang lelaki di Dannok, Thailand.

“Modus operandi sindiket itu adalah untuk mendapatkan bekalan dadah dari sekitar Dannok sebelum menyembunyikannya di bahagian tempat duduk pikap keluarganya itu dan membawanya masuk ke negara ini melalui Kompleks ICQS di Bukit Kayu Hitam.

“Suspek mengaku berjaya membawa masuk bekalan dadah sebanyak empat kali sebelum ini untuk dihantar ke lokasi yang diarahkan oleh sindiket ke Johor dan Kuala Lumpur dengan menerima upah keseluruhan sebanyak RM4,000 bagi setiap penghantaran,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pendidikan Jalan Terbaik Ubah Masa Depan Generasi Muda – Samasuddin Yusop

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan, jika sabit kesalahan.

“Suspek kini ditahan reman enam hari hingga 21 Jun ini di lokap Balai Polis Jitra, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sudah 4 kali lepas, pelajar IPTS ‘transporter’ bunga ganja RM1.17 juta ditahan dalam percubaan kelima


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selamat Menyambut Awal Muharram, Terjemah Semangat Hijrah Melalui Tindakan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker