Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapan sulungnya sebagai Perdana Menteri hari ini menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Menyeru semua pihak agar meleraikan perebutan kuasa dan menamatkan keresahan rakyat, beliau berkata kestabilan politik perlu segera dicapai menerusi kebersamaan, termasuklah dengan mewujudkan kerjasama rentas parti.

“Menyorot kembali tempoh sepenggal selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, dengan hanya berbaki 21 bulan sebelum PRU15, negara telah melalui dua peralihan kerajaan dan dua Perdana Menteri.

“Sebenarnya, peralihan tersebut dalam tempoh sepenggal adalah landskap politik yang merugikan rakyat dan negara,” katanya, hari ini.



Ucapan itu disiarkan secara langsung menerusi platform media Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), TV3, Astro Awani dan TV AlHijrah.

Ismail Sabri berkata, semua pihak sepatutnya sedia bekerja dalam satu pasukan demi mengharmonikan semula suasana dan perlu mendakap erat prinsip kebersamaan, seiring dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Kebawah Duli Tuanku dalam perjumpaan bersama ketua-ketua parti baru-baru ini telah bertitah kepada semua agar melupakan segala perbezaan demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat,” katanya.

Sementara itu, perdana menteri berkata, kerajaan pimpinannya akan menyediakan pasukan pentadbiran yang akan berkhidmat membantu negara agar segera keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi, serta berikrar untuk memberikan hasil yang terbaik demi membuktikan kepercayaan rakyat tidak dipersiakan.



Beliau berkata, hasrat itu hanya berupaya dicapai melalui kerjasama daripada seluruh pentadbiran yang didukung oleh penjawat awam selaku tulang belakang pentadbiran negara.

“Marilah kita bersama-sama sebagai ‘Keluarga Malaysia’ mengembalikan kesejahteraan dan keselesaan hidup yang pernah dikecapi suatu ketika dulu. Saya membulat tekad, bekerja bersama rakyat,” katanya.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, semalam bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan pada 16 Ogos lepas setelah kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen. – Bernama

Tawaran kerjasama dengan pembangkang untuk kestabilan politik




Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker