PAS kata ‘Keluarga Malaysia’ dapat satukan semua pihak

PAS kata ‘Keluarga Malaysia’ dapat satukan semua pihak. Pendekatan Keluarga Malaysia yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah bertujuan untuk menyatukan semua pihak dalam menghadapi wabak Covid-19 dan krisis ekonomi negara.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas turut menyambut baik ruang tawaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada kepimpinan pembangkang bagi menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

“Pas menyambut baik ucapan dan gesaan yang diberikan oleh Ismail Sabri dalam sidang ucapan Perdana Menteri kesembilan.

“Harapan dan kesungguhan Perdana Menteri agar seluruh kepimpinan politik dapat menumpukan perhatian bagi mewujudkan ketenangan dan keharmonian.

“Ia agar kerajaan memberi fokus utama kepada menangani pandemik Covid-19 dan ekonomi rakyat serta negara,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

PM tawar pembangkang sertai MPN, Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19

Pada Ahad, Ismail Sabri menggalakkan usaha sepakat membantu sesama masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan kaum melalui konsep Keluarga Malaysia.

Ujar beliau, konsep berkenaan diambil kerana baginya keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Selain itu, Ismail Sabri menawarkan kerjasama dengan blok pembangkang menerusi MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Beliau berkata, tawaran itu selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mahu semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan.

PAS kata ‘Keluarga Malaysia’ dapat satukan semua pihak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


PM kata peralihan kerajaan lagi akan merugikan negara

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker