7 ditahan kerana memandu bawah pengaruh alkohol di PJ

PETALING JAYA: Tujuh orang ditahan kerana memandu bawah pengaruh alkohol dalam Ops Alkohol dan pencegahan jenayah di beberapa sekatan jalan raya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal berkata 7 individu berkenaan, lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun, ditahan kerana memandu bawah pengaruh alkohol dan melebihi had kelajuan.

“Pada masa sama, polis mengeluarkan sebanyak 22 saman atas pelbagai kesalahan trafik. Mereka semua ditahan dan disiasat bawah Seksyen 45 (A) 1 Akta Pengangkutan Jalan,” katanya dalam kenyataan.

Operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi tadi bertujuan untuk membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu bawah pengaruh alkohol, perbuatan yang membahyakan keselamatan orang lain



Seramai 375 orang dan 360 kenderaan diperiksa dalam operasi itu.

“Hasil tinjauan menunjukkan masih ada pengguna jalan raya yang memandu bawah pengaruh alkohol.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya akan terus melaksanakan operasi ini khususnya kepada semua pengguna jalan raya yang melalui kawasan-kawasan di dalam pentadbiran polis daerah Petaling Jaya,” katanya.

Polis pada 5 Jun menyatakan sokongan kepada langkah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Dalam Negeri menggubal undang-undang bagi menangani isu memandu bawah pengaruh alkohol, menggesa hukuman bersifat pencegahan dimasukkan.



Kementerian sebelum itu berkata pindaan itu bercadang memasukkan hukuman lebih berat merangkumi semua bentuk pemanduan berbahaya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker