11,985 kes harian baharu Covid-19, Selangor kekal ‘Juara’

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 11,985 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 951,884 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 5,550 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,174), Kedah (800), Negeri Sembilan (745), Johor (644), Pahang (603), Melaka (453), Sabah (474), Kelantan (386), Pulau Pinang (362), Perak (274), Sarawak (261), Terengganu (171), Putrajaya (51), Labuan (35) dan Perlis (dua).



Daripada jumlah 11,985 kes baharu hari ini (21 Julai 2021):

Kategori 5 (kritikal, gunakan ventilator): 65 kes (0.5%)
Kategori 4 (perlu bantuan oksigen): 45 kes (0.4%)
Kategori 3 (radang paru-paru): 178 kes (1.5%)
Kategori 2 (gejala ringan): 5,847 kes (48.7%)
Kategori 1 (tiada gejala): 5,850 kes (48.9%)

Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal mereka semasa baru didiagnosa COVID-19. Ada di antara mereka kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status sama ada bertambah baik, atau merosot ke kategori lebih tinggi.



Secara keseluruhannya, pada mula didiagnosa: 2.4 peratus kes dilaporkan hari ini berada pada kategori 3-5 dan 97.6 peratus kes pada kategori 1 dan 2, iaitu . Kes kategori 1 dan 2 yang berisiko rendah dan mempunyai kediaman yang sesuai dibenar isolasi di rumah.

Ini dapat membantu mengurangkan kesesakan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan hospital-hospital.

Oleh itu, kes-kes kategori 3-5 akan dimasukkan ke PKRC, wad-wad hospital dan juga Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.

 



11,985 kes harian baharu Covid-19, Selangor kekal ‘Juara’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ramai DM Caprice Minta Maaf, Penjelasan Nadir Al-Nuri Buka Mata Kisah Ebit Lew Di Bumi Gaza[ VIDEO]



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker