Sherie Merlis Dah Dibantu, Adiknya Dan Suami Dibawa Ke Pusat Kuarantin Covid-19 [VIDEO]

Sherie Merlis Dah Dibantu, Adiknya Dan Suami Dibawa Ke Pusat Kuarantin Covid-19 [VIDEO]

Selepas membuat pendedahan berhubung keadaan adiknya yang positif Covid-19, akhirnya pelakon Sherie Merlis dan keluarga mendapat bantuan segera.

Menerusi hantaran video di Instagram pengguna akaun @nafidzrazak berkongsikan kisah bantuan dihulurkan kepada Sherie dan keluarganya yang sudah membuat ujian calitan di kediaman pelakon itu, siang tadi.

“Bila ramai yang tag tentang @sheriemerlis, abang long dan pasukan @kumpulan_megaklinik_zahran terus bergegas untuk melihat sendiri keadaan keluarga Sherie.

“Alhamdulillah, semua telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan kini dipantau rapi oleh Megaklinik Zahran. Adik Sherie juga telah dibawa ke pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 bersama suami dan anak-anaknya yang positif kerana keadaan rumah yang tidak berapa sesuai untuk kuarantin kendiri.

“Terima kasih juga kepada Datuk @fizzfairuzofficial yang pantas menghubungkan abang long dan Sherie. Terima kasih juga kepada pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah memudahkan segala urusan,” tulisnya.

Terdahulu, dalam laporan Harian Metro melaporkan Sherie merayu kepada pengikut media sosial di Instagram, untuk membantunya berkaitan kebuntuan yang dihadapi apabila adik perempuannya disahkan positif Covid-19.

Dalam perkongsian video berdurasi empat minit dan 42 saat itu, Sherie yang kelihatan sugul jelas sangat risau mengenai keselamatan ahli keluarga terutama ibu bapanya berserta enam kanak-kanak yang berada di dalam rumah itu.

“Adik saya demam tiga hari lalu dan selepas menjalani ujian calitan di klinik kerajaan, akhirnya dia disahkan positif Covid-19. Bagaimanapun adik saya disuruh balik ke rumah untuk menjalani kuarantin kendiri.

“Saya dan dua anak yang berumur sembilan tahun dan tujuh tahun terkandas di rumah adik. Malah, di dalam rumah ini ada juga ibubapa kami. Bapa sakit jantung dan baru keluar hospital.

“Emak ada alzheimer kronik dan hanya terbaring di tempat tidur. Adik pula balik ke rumah dengan keadaan positif Covid-19 dan dia juga ada empat anak berusia tujuh tahun, enam tahun, empat tahun dan 10 bulan termasuk, suaminya.

“Keadaan rumah sesak kerana hanya ada dua bilik, iaitu bilik ibu bapa dan satu lagi saya gunakan. Pagi tadi, suami adik pula demam panas. Malah, anak adik yang berusia empat tahun dah mula sakit tekak,” katanya.

Di dalam rumah berkenaan, hanya Sherie, bapa dan suami adiknya, saja sudah lengkap dua dos vaksin. Justeru, dengan situasi berlaku itu Sherie seorang saja yang masih sihat dan wajar untuk dia ambil berat kepada ibu bapa dan beberapa anak kecil yang ada di dalam rumah itu.-HM

Sherie Merlis Dah Dibantu, Adiknya Dan Suami Dibawa Ke Pusat Kuarantin Covid-19 [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Rumah sesak, Sherie Merlis mohon KKM kuarantinkan adiknya

PM paling lama, paling sekejap, paling tua dan paling muda memerintah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker