Rumah sesak, Sherie Merlis mohon KKM kuarantinkan adiknya

Rumah sesak dengan ahli keluarga, Sherie Merlis mohon KKM kuarantinkan adiknya. Buntu dengan situasi yang menimpa keluarganya, pelakon Sherie Merlis merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar adik perempuannya yang positif Covid-19 dibawa ke pusat kuarantin memandangkan keadaan rumah yang sesak dengan ahli keluarga lain ketika ini.

Rayuan tersebut disuarakan Sherie, 48, selepas buntu apabila rumah adik perempuanya yang hanya mempunyai dua bilik tidur itu dihuni seramai 11 ahli keluarga termasuk ibu, bapa dan enam kanak-kanak.

Lebih merisaukan  hatinya ialah apabila anak adiknya iaitu bayi berusia 10 bulan kini disahkan positif Covid-19.

“Saya buat siaran langsung ini bersebab, pertamanya kerana saya buntu dan tak tahu nak buat macam mana lagi dah keadaan saya serta ahli keluarga lain.

“Tiga hari lepas adik saya demam, lepas tu dia pergi klinik kerajaan dan disahkan positif Covid-19 namun yang peliknya mereka suruh dia balik rumah yang turut dihuni ahli keluarga lain,” katanya sebak.

Berkongsi lanjut, Sherie memberitahu bahawa ibu bapanya yang turut menetap di rumah sama menghidap kronik.

Adik perempuannya juga turut mempunyai empat orang anak yang berusia tujuh, enam, empat dan bayi 10 bulan.

“Di rumah ini juga ada bapa saya yang sakit jantung manakala ibu saya menghidap Alzheimer dan terlantar atas katil.

“Rumah ini padat dan hanya ada dua bilik, satu bilik untuk ibu bapa saya dan lagi satu adik saya guna,” katanya lagi.

Paling menyedihkan, dia memberithu beberapa ahli keluarga lain turut dijangkiti virus maut tersebut.

Bagaimanapun, usahanya untuk mendapatkan bantuan KKM tidak berhasil apabila tindakan susulan dan keputusan untuk ke pusat kuarantin akan dimaklumkan esok.

“Saya hubungi KKM dan mereka janji untuk datang secepat mungkin untuk ujian calitan tetapi masih tiada. Mereka beritahu kena tunggu sampai Isnin. Memang tak masuk akal.

“Bila adik saya kena tunggu saya dah risau, sekurang-kurangnya KKM perlu maklumkan pada saya perkara yang perlu dilakukan dalam situasi ketika ini,” tambahnya.

Situasi semakin meruncing apabila adik iparnya yang sudah lengkap dua dos vaksin mengalami gejala demam panas selain anak saudaranya yang sudah mulai sakit tekak.

“Pagi tadi suaminya demam panas dan anaknya yang berusia empat tahun sudah sakit tekak. Tinggal saya seorang yang sihat dalam rumah ni untuk menjaga semua.

“Tolong saya, selain KKM siapa lagi boleh tolong kuarantinkan adik saya dan bayinya sebab anaknya masih menyusu. Tolonglah, saya tak tahu apa nak buat.

“Nak marah saya marahlah, sebab ini kenyataan. Kalau saya sakit siapa nak jaga budak-budak dan ibu bapa saya dalam rumah ini? Tolonglah bantu saya,” katanya

Rumah sesak dengan ahli keluarga, Sherie Merlis mohon KKM kuarantinkan adiknya


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perlukah kontrak politik baharu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker