TMJ mahu tinggalkan JDT?

TMJ mahu tinggalkan JDT?

KUALA LUMPUR: Adakah pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bakal meninggalkan pasukan itu tidak lama lagi?

Persoalan itu timbul selepas Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) seakan memberi bayangan untuk berbuat demikian menerusi satu komen yang ditinggalkan beliau di laman Instagram pasukan terbabit.



“Saya telah berjaya membangunkan JDT dengan macam-macam kejayaan dalam dan luar padang. JDT telah berjaya menjadi satu jenama yang besar.

“Top infrastucture dan 18 piala senior team dan 10 piala junior level. Total 28 piala dalam 8 tahun.

“Ini saya punya last hadiah kepada kelab,” kata Tunku Ismail.



Komen terbabit ditinggalkan pada gambar yang memaparkan rekabentuk berkonsep tiga dimensi (3D) Pusat Latihan JDT yang baharu.

Dalam kemaskini terbabit, JDT memaklumkan pembinaan pusat latihan yang baharu akan dimulakan pada Oktober ini.

Ini termasuk meratakan tanah dan pemasangan infrastruktur asas seperti kabel kuasa dan paip air. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

TMJ mahu tinggalkan JDT?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Nora Danish dihentam netizen

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker