Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen



Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen

Ucapan tahniah Azalina Othman Said kepada Mas Ermieyati Samsuddin di Twitter berhubung pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Parlimen dan Undang-undang mencuit hati warganet, dengan ada yang menganggapnya menyindir Ahli Parlimen Bersatu berkenaan.

“Tahniah YB #emysamsudin, jangan lupa masukkan ‘Undang-undang Antilompat’ sebagai keutamaan dalam agenda pembaharuan Parlimen,” kata Ahli Parlimen Pengerang itu.

Mas Ermieyati yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah antara anggota Umno yang menyertai Bersatu pada 2018.

Pengguna Twitter @KenMohamad berkata, Azalina sempat mengambil peluang menyindir Mas Ermieyati.




“Tetapi ini tidak ubah menasihatkan katak supaya tidak melompat.”

@FHMF89 pula menyamakannya seperti “meminta katak berjalan seperti ketam.”

Muhamad Johan pula berkata, Mas Ermieyati “calon sesuai” untuk agenda seperti itu.

Tidak kurang yang memuji kenyataan bekas menteri undang-undang dan timbalan Speaker Dewan Rakyat itu, dengan @Eina696 menggelarnya “smesy yang sempurna.”

Beberapa pengikut Azalina juga menyuarakan kekecewaan beliau tidak dilantik ke jawatan menteri.




@ajinkempas berkata ramai yang sedih beliau tidak dilantik.

“Tolonglah terus berjuang demi negara ini.”

Sebelum pengumuman barisan Kabinet oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob itu, Hannah Yeoh dari DAP telah mencadangkan Azalina mengetuai satu daripada tiga kementerian.

Katanya, Azalina antara yang paling layak mengetuai Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Undang-undang, atau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Azalina sendiri tidak mengulas apa-apa, malah terdahulu mengucapkan tahniah kepada Ismail atas Kabinet baharunya, selain mengalu-alukan komitmen Perdana Menteri dan pembangkang dalam mempertingkatkan fungsi Parlimen, pembaharuan institusi serta kebebasan badan kehakiman. FMT




Komen undang-undang antilompat Azalina cuit hati netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ cari penyanyi lagu saduran Azman Naim



Leave a Reply

Your email address will not be published.